Setakat manalah sangat kudrat seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun, apatah lagi untuk menjaga adik sepanjang hari ketika ketiadaan ibu bapa di rumah. Akibat tertidur sekejap di ruang tamu, adik bongsunya berusia 16 bulan yang dijaganya ketika ibu bapa keluar bekerja, ditemui tersembam dalam sebuah akuarium yang diletakkan di lantai dapur.
Bayi yang bertarung nyawa selama 14 jam selepas ditemui berkeadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dalam akuarium di rumahnya di Jalan Ismail di sini, kelmarin, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam.
Dalam tragedi malang itu, mangsa, Nurul Najwa Atika, yang tidak diawasi selepas kakak sulungnya tertidur di ruang tamu, dipercayai tertarik untuk bermain dengan pelbagai ikan peliharaan dalam akuarium yang diletakkan di atas lantai dapur... baca lagi..
Sumber : myMetro
tak patut la tugas/tanggungjawab menjaga bayi berumur 16 bulan diserahkan bulat2 pada kanak2 yang berusia 12 tahun .. dan tak patut jugak akuarium yang tak bertutup diletakkan diatas lantai ..
emak bapak kena la lebih berhati2 lagi untuk mengelakkan kejadian yang tak disengajakan berlaku kepada anak2 yang tersayang tambah2 lagi anak yang masih kecil lagi .. sesal kemudian dah tak berguna lagi .. Al-Fatihah

Share This
0 Dah Membebel Lagi
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)