Skirt Seksi ??
Peha putih
Justeru, dia berharap tidak perlulah semua pihak memperbesar atau mensensasikan isu terbabit.

“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).  Isu berkenaan mula tercetus apabila gambar Rozita bersama seorang lagi pelakon, Azza Elite, duduk dengan keadaan seksi disebabkan skirt dipakainya agak singkat, tersebar dalam beberapa blog hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi, tambahan pula pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah, itu, menunaikan umrah baru-baru ini.

Ada yang mendakwa pakaiannya dengan skirt pendek paras atas lutut hingga menampakkan paha putihnya itu dan Azza Elite yang juga berskirt singkat amat tidak sesuai kerana konsert berkenaan dihadiri ramai remaja. Mengenai isu berkenaan yang sengaja disensasikan, terutama di blog hiburan, Rozita berkata, ia hak sesiapa untuk menulis apa yang mereka mahu.

Menurutnya, dia juga bukan sengaja mahu menunjukkan pakaiannya pada malam itu, apatah lagi untuk dirakamkan gambarnya untuk tontonan umum, terutama di Internet. “Ketika jurugambar nak ambil gambar saya malam tu, saya dah tanya, nampak peha tak? Dia jawab close-up saja...tak sangka pula jadi macam ini, apapun saya minta maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian.  “Saya tahu ramai (wartawan) yang cari saya untuk minta komen mengenai isu itu. Saya malas nak cakap apa-apa lagi... lagi pun benda tak elok tidak payah nak diperbesarkan,” katanya.

Rozita yang kerap dikaitkan dengan orang kenamaan mengumumkan dia bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pemuda yang kini berkhidmat di sektor perbankan di Singapura. Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, bakal berhenti daripada lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan anak.

Difahamkan, pelakon itu menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah SEKALI LAGI pada Ramadan nanti.

Sumber :  myMetro

***  cantik , comei , putih .. 1Malaysia .. pakaian tu hak individukan... lagipun sapa nak tangkap .. tak kena saman pon..
Share This
Merompak RM 18.11 Juta

Sekumpulan perompak di Iraq melarikan 6.5 bilion dinar ( RM18.11 juta ) dari sebuah bank pemerintah 160 kilometer ke selatan Baghdad semalam dengan bantuan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai polis. “Menurut maklumat, salah seorang pengawal keselamatan memberikan dadah kepada rakan-rakannya dengan meletakkan dadah dalam minuman teh mereka,” kata Ketua Jawatankuasa Najaf, Louai al-Yasiri.

Menurutnya, selepas pengawal-pengawal keselamatan itu meminum teh bercampur dadah itu, sekumpulan lelaki bersenjata memasuki Bank Rafidian di bandar al-Mishkab, wilayah Najaf selepas tengah malam. Dia berkata, polis mempunyai bukti mengenai siapa yang menjadi dalang rompakan itu.

Kejadian itu berlaku selepas satu rompakan emas pada Selasa lalu di Baghdad dengan melibatkan kematian 14 orang. Pemerintah Iraq menyalahkan kumpulan Al-Qaeda melakukan rompakan emas itu.

Sumber  :  Kosmo!

*** habis berjuta juta
Share This
Hapuskan Subsidi ..

pic tq to lovemilia.com

Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun. Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan di sini, semalam, bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi.

Idris berkata, Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). “Jumlah subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah. Ini menimbulkan beban fiskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan negara menjadi muflis seperti Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang,” katanya. Beliau berkata, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berkata rakyat Malaysia harus sedar negara memberi subsidi tertinggi, iaitu 4.6 peratus daripada KDNK, malah lebih tinggi berbanding Switzerland (3.5 peratus), Indonesia (2.7 peratus) dan Perancis (1.4 peratus). Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus. Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.

“Masanya sesuai untuk menaikkan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 setong. Kita juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan mekanisme harga terapung,” katanya. Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012. Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.

Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif. Idris berkata, cadangan itu akan dibuat secara berperingkat antara setahun hingga lima tahun supaya pelaksanaannya tidak membebankan rakyat. Pada masa sama, rasionalisasi subsidi petrol juga dicadang memberi rebat tunai sebanyak RM54 kepada pemilik motosikal yang kurang 250cc, manakala kereta kurang 1,000cc mendapat RM126. Diskaun 20 peratus juga diberi untuk tambah nilai kad Touch n G0 bagi transaksi melebihi RM80 sebulan. Bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga makanan pula, rebat tunai RM20 diberi kepada pemegang kad MyKad atau MyKid untuk tahun pertama manakala tahun kedua diskaun hanya untuk pemegang kad MyKasih yang pendapatan seisi rumah di bawah kadar tertentu.

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi minyak dijangka dapat menjimatkan RM44.9 bilion dalam tempoh lima tahun sehingga 2014, elektrik (RM35.9 bilion), tol (RM3.7 bilion), makanan (RM8.5 bilion). Idris berkata, kerajaan juga akan mengurangkan pembaziran dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan dan kesihatan yang boleh menjimatkan sehingga RM16.3 bilion dalam tempoh sama. Beliau bagaimanapun berkata, pelaksanaan rasionalisasi itu bergantung kepada keputusan Kabinet. 

Sumber  :  BHO

*** Rakyat didahulukan merasa bahang tiada subsidi .. ni semua urusan pentadbiran kewangan .. kalau kat umah pun kita yang menguruskan hal kewangan tanpa SUBSIDI .. dan aku memang meneruskan hidup keluarga aku tanpa SUBSIDI .. ok je .. sewa umah , duit keta , duit sekolah anak2 , duit belanja dapor , bil2  lektrik , tipon , henpon , zakat pun bayar gak .. ni semua bab pentadbiran kewangan .. jabatan kewangan takan tak reti nak kira .. brapa pendapatan negara , berapa nak kena belanja .. apa yang boleh dijimatkan .. rakyat disuruh berjimat .. pak menteri nak berjimat ke .. gaji 3 ribu cukup ke .. ? nak elaun lagi ke ..? rasuah nak lagi ke ? projek berbilion2 kos kos 30% je nape camtu , makan byk sgt ke ..  kan semua ditanggung kerajaan watpe nak gaji tinggi2 .. nape nak wat umah sampai kos berjuta2 .. keta kerajaan bagi nape nak beli 5 biji guna seniri lagi .. dengan pendapatan menteri padan ke dgn aset yg pak2 menteri ade ..
Share This
Polis Syariah ..

Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam. "Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat. Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka. Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam. "Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Photobucket

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam. "Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama. Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah. Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam.

Photobucket

Sumber  :  Kosmo!

*** Malaysia bila nak buat perubahan yang +ve ??? tak larat nak 'berzina mata' ni
Share This
Kenapa cikgu ? kenapa cikgu tampar kami ..
Photobucket

Seorang murid Tahun Lima sekolah rendah di sini, berkemungkinan pekak selepas telinga kirinya ditampar seorang guru lelaki hingga menyebabkan gegendangnya pecah, Khamis lalu. Selain pecah gegendang telinga, mangsa, Mohd Khairil Azry Zulkifli, 11, turut mengalami bengkak di dahi apabila kepalanya terhentak ke dinding selepas ditampar guru lelaki berusia 40-an dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Siputeh, Padang Sera, Kodiang , di sini. 

Kejadian itu bermula apabila seorang guru wanita mengarahkan murid kelas itu, termasuk Mohd Khairil berpindah dari tingkat dua ke tingkat bawah blok bangunan sekolah itu yang sedang digunakan murid Tahun Tiga bersama guru lelaki terbabit. Difahamkan tindakan Mohd Khairil memasuki kelas itu bersama tiga rakannya ketika guru lelaki itu masih berada dalam kelas berkenaan mengundang kemarahannya. Berikutan itu, guru terbabit memarahi Mohd Khairil serta tiga murid lain sebelum menampar keempat-empat mereka. Seorang daripada mereka turut cedera ditampar.

Bapa mangsa, Zulkifli Romli, 45, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Che Waqi Baharom, 45, memberitahu ada kesan darah di telinga kiri anaknya yang mengadu sakit telinga. “Isteri memaklumkan selepas balik ke rumah pada jam 1.30 tengah hari, anak saya tidak seperti biasa dan terus tidur sebelum mengadu sakit telinga. Saya mendesak dia memberitahu perkara sebenar sebelum mengetahui dia ditampar gurunya. “Kami kemudian ke sebuah klinik di Arau, Perlis sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar pada jam 9 malam.

“Anak saya dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang kemudiannya mengesahkan gegendang telinga kirinya pecah, malah pemeriksaan juga menunjukkan anak saya mengalami masalah pendengaran,” katanya ketika ditemui semalam


Photobucket

Sumber  :  BHO

*** kenapa cikgu ? kenapa kena tampar pelajar ni sampai macam ni .. cikgu ada masalah kat umah ke .. tampar pelajar sampai pecah gegendang telinga .. cikgu tampar pelajar sekolah umo 11 tahun macam tampar pengganas bunoh orang je .. kat umah cikgu tampar anak2 macam ni ke.. macam ni ke kriteria seorang cikgu yang berpengalaman  .. abis mak ayah nak anta anak2 blaja kat mana ?? kat sekolah pon tak selamat dah..
Share This
Rentung Terputus Dua
Photobucket
Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin. Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu. Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.

Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam. Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua. “Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.

“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam. Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 24, berkata kegiatan bodoh mencuri kabel elektrik di Felda berkenaan dikesan semakin berleluasa sejak enam bulan lalu. “Kecurian kabel menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus. Sudah beberapa kali gangguan elektrik berlaku disebabkan kegiatan jenayah terbabit disyaki dilakukan penagih dadah.

“Apapun, kejadian ngeri itu diharap memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik dan berharap pihak berkenaan melakukan tindakan sewajarnya supaya penduduk tidak mendapat masalah akibat perbuatan pencuri terbabit,” katanya.

Sumber  :  myMetro

mati sebagai pencuri kabel .. banyak lagi kerja yang lebih mudah dari mencuri kabel karan ni ..
Share This
Taiko Muda

Pencuri

Tiga pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang ditahan kerana mencuri motosikal layak digelar taiko muda apabila dalam umur yang baru setahun jagung mereka telah mencuri sebanyak 18 buah motosikal sejak dua tahun lalu. Dengan menggunakan modus operandi yang mudah iaitu menendang kawalan pemegang motosikal jenis kap- cai seperti Honda EX5, Yamaha 100, Honda Wave dan Suzuki 110, mereka kemudian akan menolak kenderaan itu kira-kira 50 meter sebelum menghidupkan enjinnya.

Taiko Muda

Difahamkan, ketiga-tiga mereka bersekolah di sekolah yang berlainan di daerah Ampang. Kegiatan samseng mereka itu terbongkar apabila ketiga-tiga mereka ditahan dalam tiga tangkapan berasingan. Episod malang mereka bermula apabila polis menahan seorang remaja berusia 15 tahun ketika dia sedang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR 2) pada pukul 5.30 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pemeriksaan mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Kampung Cheras Baru bulan lalu.

Sumber  :  Kosmo! 

*** Sekolah tak habis lagi tapi dah tersenarai sebagai penjenayah .. memang melayu terhebat dan maju.. mak & ayah tak tau ke aktiviti anak2 ??
Share This
Di tendang suami ..

Photobucket

“ Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan. Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain. Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya. 

“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan. “Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam. 

Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan.

Sumber :  myMetro

*** masih ada lagi kes macam ni walaupun dunia semakin maju ..
Share This
Selamat hari jadi SAYANG ..
' selamat hari lahir.. sayang '  
selalunya diucapkan pada pasangan masing2 
yang menyambut ulang tahun hari lahir  
dan 
ucapan ini juga aku ucapkan 
pada kawan
@
teman bergaduh
@
kekasih
@
life partner
@
isteri aku 
yang tersayang satu je ni 
takde yang lain ~ Syifa .. 
semoga 
sihat & ceria
aman & bahagia 
sepanjang hayat
dengan rahmat NYA

Red Roses

Red Roses



Share This
Otak Maju Akal Terkebelakang ..
Photobucket
18,000SX

In 2004 there were 58 riders, in 2005 a creditable 250 riders, rising to a massive 800 in 2006. But in a scale that surprised even the organisers, more than five thousand people today took to London's streets

Photobucket
Bukan slalu bleh tengok ni !!

Photobucket
Syok juga tengok barang free .. hehehe .. macam ni rupe *tut*


Kenapa nak berbogel ??? Negara semakin maju tapi akal menuju ke zaman Jahilliyah ..
Share This
Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA
Photobucket

Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin. Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas. Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan. Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah. Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010. 

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional. Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza." Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian. Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin.

Photobucket

Sumber : Kosmo! Rima Fakih on Flickr

Semakin maju dengan dunia ..
Share This
Kurang wang bina masjid di New York
Photobucket

Cita-cita masyarakat Islam untuk membina sebuah pusat kebudayaan dan agama termasuk sebuah masjid yang bernilai AS$100 juta (RM319 juta) di sini menemui kesukaran kerana ketiadaan wang tunai yang mencukupi, lapor akhbar New York Post semalam. Persatuan Amerika Untuk Kemajuan Muslim yang mencadangkan pembinaan pusat itu mempunyai aset kurang AS$1 juta (RM3.1 juta).
Individu yang berada di sebalik tabir pembinaan masjid itu ialah seorang imam, Fesial Abdul Rauf dan isterinya, Daisy Khan. Menurut satu kenyataan ringkas mereka, usaha bagi mengumpulkan dana masih belum dilakukan. Pusat itu akan menggantikan sebuah bangunan kilang lama di 45 Park Place yang terletak dua blok dari tapak runtuhan bangunan World Trade Centre (WTC). Bangunan WTC runtuh dalam serangan pengganas melibatkan dua pesawat yang dirampas pada 11 September 2001

Sumber :  Kosmo!

Islam mula difahami di negara maju bukan Islam .. Allahu Akbar !!!
Share This
withdraw 10M from ATM machines
Thai ATM

Police have arrested two Malaysian men on charges of creating fake ATM cards to withdraw more than 10 million baht from the accounts of more than 100 bank card holders.

Crime Suppression Division and immigration police arrested Goh Fook Chai, 35, and Lim Tze Chow, 34, in Sadao district, Songkhla, on Wednesday. Police said they found the suspects carrying 81 fake bank cards, three ATM skimmers, three micro spy cameras, six plastic plates, five batteries and 72 SIM cards.

Police allege that the pair attached the skimmers to the card slots of ATM machines to read the access numbers of inserted cards, while a spy camera attached and disguised using the plastic plates captured card users entering their access codes. Police said the pair then used the information to create fake cards. The arrests followed complaints from many commercial banks that they had lost about 10 million baht after the fake cards were used to withdraw funds from the accounts of about 100 customers, police said... read more

Source :  Bangkok Post

malaysia yang terbilang ..
Share This
Australian Law Firm Hires Syariah Consultant
Photobucket

A law firm here has hired Australia's first Syariah consultant -- an imam to advise Muslim clients on how to observe Islamic legal codes alongside Australian law, The Age newspaper reports.

Sheikh Mohamadu Nawas, a member of the Australian National Council of Imams, will work on commercial contracts and disputes between Muslims, plus separation agreements, divorces, wills and pre-nuptial agreements... read more


Photobucket

Source : BernamaKosmo!

macamana plak Australia bleh amik perunding Syariah .. malaysia amik  perunding yahudi ..
Share This
Woman 'attacks hubby after bad sex'
Photobucket

A woman has been accused of stabbing her husband with scissors because she was unhappy with his performance in bed. Michelle Thomas, 26, was arrested on Tuesday after police were called around 1am to the couple’s house in the east Texas town of Hudson, Lufkin Daily News reports.

The man told police Ms Thomas became angry with him after a sex session left her unsatisfied.
He said Ms Thomas grabbed a pair of scissors and began slashing him, according to court papers. The court affidavit states police found the man with superficial cuts to his chest, thumb and knee. Ms Thomas alleges her partner was drunk, threw her onto the bed and began choking her. But police found no injuries on Ms Thomas, according to the affidavit.
The man said he only touched Ms Thomas during the sexual encounter Ms Thomas was charged with aggravated assault with a deadly weapon, although the man told officers he didn’t want to press charges, according to Lufkin Daily News . Ms Thomas faces up to 20 years in jail. - Newser

Source : Daily Chilli 

*** perghh ini macam punya pompuan pun ade .. berhati hati kaum lelaki  .. pastikan anda maintain .. kalau tak .. 
Labels: 0 comments | edit post
Share This
Krisis Hutang Global
Photobucket

PADA tahun 2007 sehingga 2009, seluruh dunia dikejutkan dengan krisis hutang global. Bermula dari negara kuasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat (AS) sehinggalah krisis itu merebak ke seluruh dunia. Walaupun pada awalnya, ada yang meramalkan tahun 2010 merupakan tahun pemulihan krisis ekonomi dunia, namun krisis hutang terbaru yang melanda Eropah menggusarkan masyarakat dunia mengenai prospek pemulihan dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Photobucket

Masakan tidak, kerajaan Eropah pada Ahad lalu telah meluluskan dana sebanyak 110 bilion euro atau RM466.4 bilion untuk menyelamatkan Greek. Ini termasuklah bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 30 bilion euro (RM127 bilion). Jumlah dana yang luar biasa ini terpaksa dikeluarkan bagi membolehkan krisis itu tidak merebak ke negara-negara Eropah lain dan seterusnya ke seluruh dunia.

Photobucket

Apa yang menarik, Greek telah berjaya memperoleh kelulusan bantuan tersebut setelah memberi jaminan kepada Kesatuan Eropah (EU) dan IMF bahawa ia akan mengurangkan bajet dan mengetatkan dasar fizikalnya dengan cara menaikkan cukai. Kalau kita lihat secara teliti, kedua-dua jaminan itu seolah-olah merupakan syarat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada EU dan IMF yang mana implikasinya pasti besar sama sekali kepada rakyat Greek.


Photobucket

Share This
Belgium mengHARAMkan Burqa
Photobucket

Di Belgium, majoriti Ahli Parlimen negara itu menyokong rang undang-undang yang melarang pemakaian burqa di tempat awam

Photobucket

Senario yang sama turut dilihat di Perancis. Selepas melarang penggunaan sebarang simbol keagamaan seperti pemakaian tudung oleh wanita Islam pada 2004, negara itu kini cuba mengharamkan burqa pula. Kerajaan negara itu sedang menyusun draf perundangan untuk mengharamkan pemakaiannya selepas satu laporan Parlimen mencadangkan pengharaman memakai burqa di sekolah, hospital, pejabat kerajaan dan di dalam pengangkutan awam. Presidennya, Nicolas Sarkozy, sebelum ini menyatakan, burqa tidak dialu-alukan dalam pemerintahan sekular Perancis dan beliau menyokong undang-undang yang mengharamkannya.

Photobucket
Di Warsaw, ibu negara Poland, terdapat demonstrasi membantah pembinaan sebuah masjid di pinggir kota itu manakala di Switzerland, rakyatnya disaran mengundi mengharamkan pembinaan menara masjid . "Tindakan yang dilakukan menunjukkan kebencian dan penghinaan berterusan kuasa besar terutama Barat ke atas umat Islam . "

"Sebelum ini merekalah yang paling lantang menuding jari dan menyelar negara-negara lain kononnya gagal melaksanakan hak asasi manusia, namun kini sikap yang ditunjukkan adalah sebaliknya," kata Chandra.

Sumber : Kosmo! Online

*** di akhir zaman ini memang umat Islam akan di uji @ ditekan @ ditindas dengan sehebat hebatnya oleh orang2 kafir laknatullah ,
 
Share This
Wanita Cantik & Jelita bawa penyakit pada lelaki..
Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol , hormon stres tubuh . Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil.

Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.

“Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita ."

“Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk. - Agensi

Photobucket


Sumber :  myMetro

Ingatan kepada kenkawan semua .. berhati-hati , hehehe
Share This
Kerjaya Pengemis / Peminta Sedekah
Pengemis

Golongan Pengemis @ Peminta sedekah ini adakah mereka ini mengemis @ meminta sedekah kerana mereka ni kurang kemampuan/malas/tidak mahu untuk melakukan kerja lain ATAU kerjaya ini memang memberi pulangan yang lumayan .. sememangnya ada golongan yang kurang upaya/kurang mampu untuk bekerja terpaksa mengemis/meminta sedekah TAPI ada juga golongan orang yang mengambil kesempatan atas simpati orang ramai terhadap golongan ini dengan menyamar sebagai orang yang kurang upaya/kurang mampu  

Pengemis

Seksyen Dunia Kosmo! melaporkan pengemis-pengemis di Teheran memperoleh pendapatan AS$1,500 ( RM4,815 ) sebulan, lima kali ganda daripada gaji minimum pekerja di Iran, lapor agensi berita Mehr semalam. Menurut seorang pegawai yang mengendalikan perkhidmatan sosial di Teheran, Sadegh Avvali, pengemis-pengemis itu memperoleh pendapatan AS$50 (RM160.74) sehari.

Dia berkata, kebanyakan pengemis itu datang dari kampung dan kawasan pekan terpencil tetapi terdapat juga warga asing. Gaji minimum pekerja di Iran ialah kira-kira AS$300 (RM964.44) sebulan dan kebanyakan penduduk di negara tersebut percaya bahawa memberi sedekah merupakan satu bentuk kebajikan.

Berdasarkan inisiatif pihak perbandaran, pengemis dan golongan tidak berumah akan dihantar ke beberapa pusat perlindungan pada waktu malam. - AFP

dan bagaimana plak pengemis / peminta sedekah di Malaysia ni..

Photobucket

dan paparazzi malaysia pernah membuktikan ..

Photobucket

macamana kita @ PBT nak membenteras perkara2 ni @ orang2 yang kurang upaya ni di eksploitasikan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ..
Share This
Azamuddin Omar kata ..
AminulRashid

"Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluarga Aminulrasyid, hari ini... nak baca lagi

Sumber : MalaysiaKini 

AminulRashid

Al-Fatihah kepada Allahyarham .. 
Share This
Nak bunuh Tuan Guru .. ?
TGDNANM

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook. Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Tuan Guru Datuk Nik Aziz," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit... baca lagi

Sumber : myMetro

*** Jangan la main2 .. ini Tuan Guru bukan sesiapa nko bleh cakap ikut sedap mulut je ..  jangan gelap hati disebabkan politik kita tak kenal orang ..
Share This
Cewek Indon Dibunuh
Cewek Indon

Cubaan nekad seorang lelaki membuang mayat teman wanita
yang dipercayai baru dibunuhnya, gagal apabila kenderaan
dipandunya terbabas sebelum diberkas polis ketika
dia cuba melarikan diri dalam kejadian
di Nilai Spring , dekat sini,
malam kelmarin.
Difahamkan , sebelum diberkas , suspek berusia 30-an
cuba memperdayakan pihak berkuasa dengan
memaklumkan kononnya wanita warga
Indonesia berusia 20-an yang berada
bersebelahannya itu
pengsan...

nak baca lagi



Sumber : myMetro , Kosmo!

*** Nilai nyawa di malaysia dah terlalu murah sangat .. bila cemburu je , tak puas hati je jawapannya bunuh je ..
Share This
Universiti La Trobe naik taraf surau bernilai RM2.725 juta

Surau bagi kemudahan pelajar Islam menunaikan solat di Universiti La Trobe  Melbourne , Australia , sudah dibuka semula selepas dinaiktaraf membabitkan kos A$927,000 ( RM2.725 juta ).

Presiden Persatuan Islam universiti itu, Mohamad Tabbaa, berkata surau itu kini dilengkapi dengan bilik air baru, permaidani dan alat pemanas hawa serta saiznya diperbesarkan dua kali ganda bagi memenuhi keperluan pelajar Islam yang semakin meningkat di universiti itu. La Trobe mempunyai kira-kira 1,500 pelajar Islam. 

"Mempunyai bilik air untuk berwuduk dan kemudahan surau bermakna kami mempunyai lebih banyak masa untuk belajar dan pada masa yang sama mudah untuk bersolat," kata Tabbaa kepada akhbar Leader.

"Bersolat adalah sesuatu yang amat peribadi dan unik kepada pelbagai agama dan adalah sesuatu yang amat melegakan untuk mempunyai tempat untuk berwuduk sebelum menunaikan solat.

"Ia mungkin dilihat sebagai anti-sosial jika kami membasuh kaki kami di tandas pelajar dan terdapat banyak gerakan ketika bersolat, yang mungkin ditafsirkan secara berbeza oleh mereka yang tidak faham dengan agama kami," katanya.

Beliau berkata, surau baru itu boleh memuatkan 300 jemaah, satu perubahan yang amat dialu-alukan selepas sebelum ini pelajar terpaksa bersolat di luar apabila surau lama penuh .
"Kami amat gembira dengan perubahan ini dan amat menghargai apa yang telah dilakukan oleh universiti ini," kata Tabbaa.

Naib Canselor universiti itu, Profesor Paul Johnson memberitahu akhbar itu, bangunan yang dinaiktaraf itu akan membantu pelajar memenuhi tuntutan pelajaran mereka dan juga menunaikan solat.

Universiti itu juga mengeluarkan panduan baru kepada pelajar Islam, yang mengandungi maklumat mengenai lokasi makanan halal, masjid dan persatuan pelajar Islam. - Bernama


*** ditempat lain Umat Islam disekat melakukan suruhan Agama tapi di Universiti La Trobe Australia menyediakan kemudahan pelajar Islam untuk beribadat dengan lebih selesa ... Universiti di negara lain macamana ..??

Photobucket
Share This
Pelakon Filem Islamik Indonesia
sekarang ni memang banyak kita tengok filem2 & drama2 bersiri dari Indonesia ni tambah2 lagi filem2 @ drama2 yang bercorak Islamik .. dan filem2 @ drama2 ni memang kuat tarikannya kepada penonton terutamanya kanak2 & remaja ..

apakah peranan mereka yang terlibat dalam pembikinan ini dinilai kualiti keseluruhannya atau mereka ni hanya sekadar melakonkan watak didalam filem sahaja ..
luar filem kira lain la..

KCB

Oki


Oki

Oki Setiana Dewi , gadis 21 tahun kelahiran Batam, Indonesia ini mempunyai kekuatan tersendiri apabila dapat mengaburi 7,000 wanita lain di mata produksi dan pengarah sewaktu audisi pencarian watak Anna Althafunnisa , anak kiyai yang merupakan tunjang kepada filem Ketika Cinta Bertasbih. 

SEWAKTU saringan filem KCB, Oki dinilai melalui ketulenan memakai tudung dan pembacaan Al-Quran.
 
Sumber :  Kosmo!


Oki

Oki

Oki

Oki

Oki

Oki

tahniah kepada Oki semoga dia istiqomah dengan usaha dan imannya 
tapi di malaysia , adakah peranan & pembikinan filem2 @ pelakon2nya macam ni ..
Filem2 Islamik la .. 
Share This
Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's