Betul ke kerana kakak ..
Photobucket

Setakat manalah sangat kudrat seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun, apatah lagi untuk menjaga adik sepanjang hari ketika ketiadaan ibu bapa di rumah. Akibat tertidur sekejap di ruang tamu, adik bongsunya berusia 16 bulan yang dijaganya ketika ibu bapa keluar bekerja, ditemui tersembam dalam sebuah akuarium yang diletakkan di lantai dapur.

Bayi yang bertarung nyawa selama 14 jam selepas ditemui berkeadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dalam akuarium di rumahnya di Jalan Ismail di sini, kelmarin, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam.

Dalam tragedi malang itu, mangsa, Nurul Najwa Atika, yang tidak diawasi selepas kakak sulungnya tertidur di ruang tamu, dipercayai tertarik untuk bermain dengan pelbagai ikan peliharaan dalam akuarium yang diletakkan di atas lantai dapur... baca lagi.. 

Sumber :  myMetro

tak patut la tugas/tanggungjawab menjaga bayi berumur 16 bulan diserahkan bulat2 pada kanak2 yang berusia 12 tahun .. dan tak patut jugak akuarium yang tak bertutup diletakkan diatas lantai ..

emak bapak kena la lebih berhati2 lagi untuk mengelakkan kejadian yang tak disengajakan berlaku kepada anak2 yang tersayang tambah2 lagi anak yang masih kecil lagi .. sesal kemudian dah tak berguna lagi .. Al-Fatihah
Share This
kembali ke rahmatullah
Al-Fatihah ..  kepada Allahyarham abang Ni .. adik pada abang ipar aku yang kembali ke rahmatullah tghari tadi setelah seminggu koma di wad ICU hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar . Eksiden ngan lembu yang melintas jalan ketika balik dari kebun naik motor .. 3 jam selepas aku jumpa dia di kebun ..
Share This
Koc Khas Wanita sahaja ..
Koc untuk wanita sahaja dilancarkan oleh KTMB hari ini yang memulakan perjalanan dari sentul ke pelabuhan kelang ..  sebelum diperluaskan ke laluan ke seluruh negara ..

Photobucket

Photobucket


Sumber : KTMB

banyak kebaikan yang akan dapat oleh kaum wanita ini bila ada koc khas untuk diarang ni .. dan statistik penumpang menunjukkan 60% penumpang adalah wanita .
Pengguna2 dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu .

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) :
  •   Koc Hadapan – Koc Biasa ( lelaki dan wanita )
  •   Koc Tengah – Koc Wanita ( wanita sahaja )
  •   Koc Belakang – Koc Biasa ( lelaki dan wanita )
bukan la koc lain orang pompuan ni tak bleh guna ..cuma koc ni memang khas untuk diarang ni ..
Labels: , 3 comments | edit post
Share This
Harga Minyak Petrol Turun ..
Photobucket

Photobucket


Syarikat minyak tempatan menurunkan harga minyak selasa ini untuk petrol dari 50 sen seliter & disel 25 sen seliter .. 


*** perghh minyak turun lagi TAPI bukan di Malaysia cuma di filipina sahaja .. macamana plak harga minyak disana bleh turun tapi di malaysia TIDAK !!! ..




Share This
Adik bukan penjenayah
Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini .

Photobucket

Photobucket

Sumber : myMetro

“Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Dia bersama ahli keluarga diarah ke Rumah Mayat HTAR sebelum terkejut melihat dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, berdasarkan penjelasan pegawai polis, adiknya cuba melarikan diri dengan memecut kereta dari bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghala rumahnya dan sebaik tiba di tempat kejadian, kawan adiknya bergegas keluar kereta dan melarikan diri.

Sumber2  : myMetro

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandu suspek sebelum ia terbabas ke bahu jalan.

“Sejurus terbabas, rakan suspek bergegas melarikan diri sebelum dikejar dua anggota polis peronda.

“Dua lagi anggota memeriksa keadaan suspek, tetapi suspek tiba-tiba mengundur kenderaannya dan cuba merempuh anggota berkenaan.

“Terkejut dengan tindakan mangsa, anggota polis melepaskan tembakan ke arah suspek yang berada dalam kereta,” katanya.

**** macamana bleh jadi macamni ... ?? takda amaran ke sebelum melepaskan tembakan ke.. mangsa ada senjata merbahaya ke atau merempuh polis dengan merbahaya ke ?
Share This
Kena tag lagi ..
Photobucket

1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.
dapat grammy award ye... terima kasih pada kedua orang tua aku , pengarah , penerbit , semua crewz yg terlibat dalam award ni  .....  hehehe .. apapun aku dah copy award kat entry ni...

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-
award nih pemberian kak shiori dari http://shiorila.blogspot.com

3. TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5 - FIVE ..KENA JAWAP 10 SOALAN - DAN SETIAP 1 DENGAN 5 JAWAPAN.. :-
tajuk pos cukup 5 rasanya....nak kena jawap 10 soalan...

4. 5 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-

1. ringgo - dikalangan bloggers , seperjuangan and teman maya..hehehe..
2. abang yang - ayang aku je yg panggil ni....
3. abah - anak-anak panggil
4. Pak lang - anak2 menakan belah isteri/utara panggil
5. Pak ngah - anak2 saudara belah aku/selatan panggil..

  5 je kan ... next!!!

5. 5 IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-

1.
Mei - harilahir ayang
2. Julai - Lesen memandu aku aa
3.
August - ulangtahun perkahwinan
4.
September - behdey anak2 & sendiri , nak raya puasa
5. Oktober - Lesen memandu ayang aku la plak

done... next..

6.5 THING YOU DONE YESTERDAY:-

1. bangun pagi n solat subuh
2.
buka kedai dulu n buat keje
3. sarapan sekali dengan makan tengahari
4. tutup kedai n makan
5. tidur...wakakaka..

done...next..

7. FIVE WAYS TO BE HAPPY...

1. dapat pergi bercuti bersama keluarga
2.
dapat mengembirakan keluarga
3. dapat tolong orang yg memerlukan
4. dapat ber online & ber blogging & blogwalking
5. dapat beli menda yang memang menjadi idaman hati 

done & next

8. 5 FAVOURITES MOVIES:-

1. cerita-cerita animation - bleach , naruto , detective conan etc.
2. cerita-cerita 3D - cam UP, toy's stories
3. cerita-cerita fantasy - alice in wonderland , avatar , irobot , harry porter.. etc.
4. cerita-cerita kungfu dan aksi - jackie chan , tony jaa , eman manan etc.. etc..
5. cerita-cerita seram gak - supernatural , nenek kebayan , saka , puaka niyang rapik .. etc... etc..

banyak lagi tapi sebab suruh senarai 5 je..... & next

9.5 FAVOURATES HOBBIES:-

1. Online ..
2. Travel..
3. makan-makan ....
4. shopping .. & window shopping .. ( hahaha )
5. driving .. as long on wheels ..

betul ke aku camni .. ish ish ...next

10. 5 FAVOURITES PEOPLE:

1. ayang
2. anak2
3. abah dan arwah mak
4. adik beradik
5. kawan2 termasuk lah dialam maya nih..walaupun tak pernah bersua..

& next...

11. 5 FAVOURITE PLACES FOR VACATION:

1. nak pergi mekah... tak kira la buat
haji ataupun umrah ataupun ziarah ke atau apapun aa
2. nak pergi disneyland gak tak kira la kat mana2 pun
3. nak pergi ke tepi2 pantai & pulau2 yang cantik
4. nak pergi ke pergunungan @ kawasan hutan yg aman ..
5. nak balik kampung

& next

12. 5 REASON YOU ANSWER THE SURVEY:-

1. sebab amanah dari seorang kakak dan kawan dari alam maya nih.
2. sebab seronok gak dapat AWARD ....
3. dapat mengeratkan lagi tali persahabatan di alam maya ni
4. rasa terharu gak sebab dapat award nih... ada gak yang ingat
5. bleh bagi AWARD kat kenkawan yang blom penah dapat ..

next... lorrr dah habis dah...

13. 5 PERSON TO TAG...

5. mama syafi - http://mama-syafi.blogspot.com/

sila kan amik AWARD  kenkawan .. jgn malu2 ..
Share This
Perang maksiat
LariBerbogel
LariBerbogel


Sumber :  Kosmo! , myMetro 

Akibat takut dicekup polis , sanggup lari berbogel bogel ketika polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan di sebuah hotel di Jalan Pelabuhan Klang .
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, wanita terbabit antara lima warga Indonesia berusia 20-an yang ditahan pada malam itu kerana disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

dan 2010 ni menyaksikan kerja kuat penguatkuasa JAIS dan pihak Polis  membenteras maksiat di sekitar ibukota 

Pakej Dosa
Share This
Mati dalam maksiat ..

Gara-gara takut dicekup pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat, seorang pelajar lelaki sebuah kolej komuniti nekad melarikan diri dengan keluar melalui tingkap di tingkat lima, Apartmen Jelutong di Selayang Heights di sini awal pagi semalam.
Bagaimanapun tindakan pemuda berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Photobucket
Photobucket

Photobucket

Sumber : Kosmo , myMetro

semakin ramai anak2 muda sekarang yang hanyut dengan nikmat dunia tanpa batasan , membelakangkan Agama , Hukum Syarak & lupa Allah itu adalah Tuhan Semesta Alam .. tapi kenapa takut kena tangkap ngan penguatkuasa plak ni ?? dari manusia bleh lari aa .. ngan Tuhan nak lari kemana .. ?

Photobucket

Share This
Binatang Bernafsu Iblis ..
Photobucket

Sumber : myMetro

Harapkan pagar , pagar makan padi .. peribahasa orang tua2 dulu tapi aku rasa tak sesuai dah .. pada aku macam ni Binatang Bernafsu Iblis .. Seorang dewasa & telah berumur diamanahkan untuk menjaga keselamatan anak2 kecil TAPI dia bertukar menjadi Binatang Bernafsu Iblis ..

Sekolah sepatutnya tempat yang selamat untuk anak2 kita belajar menjadi manusia tetapi ada satu Binatang Bernafsu Iblis .. 

pada aku , hukuman penjara dan denda bukanlah hukuman yang terbaik untuk pesalah ini .. seperti yang terjadi kepada pesalah2 sebelum ini ..  sudah tiba masanya kita menegakkan hukuman dari AlQuran yang telah ditetapkan ..

Hukuman yang manusia akan takut untuk melakukan kesalahan ini lagi .. TAPI mampukah kita melaksanakannya .. ?? atau sanggupkah kita tengok je anak2 kecil kita diperlakukan macam ni ..


Hukuman Mati kepada perogol kanak2 di Yemen

PerogolYemen

PerogolYemen

PerogolYemen

PerogolYemen




Hukuman Rejam Sampai Mati yang di jalankan Mogadishu , Somalia kerana kesalahan Berzina ..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bersediakah kita dengan hukuman ini ..
Share This
dapat Award la plak ..
tak sangka plak ada insan yang nak bagi aku award ni .. apapun tima kasih bebanyak .. dan aku pun nak bagi pada kenkawan lain seperti yang di amanahkan ..

Photobucket

Syarat2 yang perlu dilakukan SELEPAS terima award ini adalah:

a. Thank and link the person that give you the award
~~Terima kasih banyak Cinta Lara @ http://dambaancinta.blogspot.com ( buat lama dah )


b. Pass this award to 10 / 20 / 30 / All Bloggers you've recently discovered (Fewh...Banyak giler... ikut la nak bagi kat sapa....)

1- Syifa Rosli @ http://mystoriesboard.blogspot.com ( syifa yang banyak petua )
2- mrchaon @ http://mrchaon.blogspot.com  ( yang jalan-jalan tanpa henti )
3- IG @ http://info-gallery.blogspot.com  ( perghh seluruh dunia ada )


4- shiori @ http://shiorila.blogspot.com  ( macam-macam ada )

5- Yuka @ http://yuka-luv.blogspot.com  ( hepi famili )

6- nas @ http://nasrulaliffnas.blogspot.com  ( ok aa tu )

7- Sugar2 @ http://cheritakudankamu.blogspot.com  ( student .. aktif lagi tu .. )

8- Long @ http://coretanperantau.blogspot.com  ( dendang perantau )

9- Jhaz @ http://jhazkitaro.blogspot.com  ( sejarah peta dunia ni .. )

10- Faridah @ http://karyamatahati.blogspot.com  ( perghh semua kartun tu )




c. Contact said Blogs and let them know they've won the award
    ~~ bagi tahu dah kat shoutbox tu ..

d. State seven things about yourself
1- jangan bagi aku marah sebab akan aku bebel sampai bila2
2- jangan la lari dari AlQuran & Sunnah
3- suka kesunyian utk merenung kebesaran Allah ..
4- tak suka yang dedah aurat ..
5- berusaha utk menambah pendapatan bleh bantu yg memerlukan
6- dalam mendidik diri menjadi hamba Allah ..
7- sangat suka bersama keluarga ..
Share This
Bukan Mat Rempit la .. pakai serban ?
Photobucket


Akhirnya .. Mahkamah Majistret di sini pagi ini membebaskan kelima-lima pelajar Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah Pondok Banggol Naim, Pasir Mas yang dituduh menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa ditahan polis pada 27 April 2008 lalu.

kelima-lima pelajar itu Adli Abd Halim, 22, Ahmad Hafiz Shaari, 24, Mohd Hafizul Mohamad, 22, Mohd Azam Mohd Arifin, 24, dan Che Mohd Noor Che Soh, 28, kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata. Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada 28 April, 2008, 

Mereka ditahan kira-kira pukul 12.00 tengah malam semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri sembahyang jenazah di Masjid Jar Besar, Tumpat  pukul 10.00 malam sebelum menghadiri ceramah Israk dan Mikraj di Surau Geting, Tumpat.

*** kenapa plak orang Islam pakai serban naik motor kena saman .. pernah tak orang sikh pakai serban diarang naik motor kena saman .. sbb tak pakai topi keledar ..  bukankah Malaysia negara Islam ???
Share This
Perkosa dalam kelas ...
Photobucket
gambar hanya sekadar hiasan

Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah. Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.

Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas. Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.

“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya.  Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu hanya dibuat mangsa enam hari selepas kejadian dengan ditemani kakitangan rumah kebajikan berkenaan di Balai Polis Rawang.

“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum ke sekolah mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin.  “ Polis menahan pelajar lelaki terbabit yang berada dalam kelas. Pelajar terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya. Menurutnya, mangsa turut dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan dia diperkosa.

“Kes terbabit kini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah memperkosa,’ katanya.

Sumber :  myMetro Sinar the Sun

pelajar lelaki tingkatan 2 @ baru berumur 14 tahun dah mempunyai nafsu serakah tanpa batasan dalam kawasan sekolah .. sehingga sanggup memperkosa pelajar perempuan dalam kelas ..ishh budak2 sekarang dah semakin maju .. baru umur 14 .. kalau umur 20 mcmana ..

kemaskini
dan laporan akbar the Sun pula mengatakan doktor menemui sebatang pencil berukuran 4cm dalam kemaluan mangsa & kejadian disaksikan beberapa rakan yang melindungi kejadian dari dilihat rakan yg lain ...
Share This
Apa Salahku
Photobucket

Photobucket

Sepasang suami isteri meninggalkan anak sulung mereka berusia tidak sampai sebulan di sebuah rumah pertubuhan kebajikan hanya kerana tidak mahu sanak saudara melihat bayi mereka yang dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain.

Malah, sejak ditinggalkan kira-kira dua minggu lalu, ibu bapa bayi berkenaan langsung tidak melawatnya dan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab mereka kepada pihak pertubuhan untuk menyediakan keperluan bayi malang itu.

** bukan pilihanku untuk lahir ke dunia macam ni ..

Sumber : Kosmo! myMetro
Share This
Kompoun JPJ RM300 naik RM1000
Photobucket

Berhati hati dijalan raya .. dan sesiapa yang ada merasakan kenderaan diarang tak mengikut spesifikasi JPJ bersedia untuk di kompoun atau mengubah mengikut seperti yang dikehendaki JPJ .. JPJ menaikkan kompoun kesalahan dari RM 300 kepada RM 1,000 kenaikan sebanyak 333 peratus .. minima kompoun adalah RM 1,000 ..

perghh .. kompoun RM 300 pun serik nak bayar .. kalau RM 1,000 lagi aaa..

Sumber : Kosmo!
Share This
Kenapa diarang suka ...
nampak

nampak

nampak

nampak

nampak

nampak

nampak

nampak

dan gambar2 ni bukan la bertujuan nak memburokkan @ mengaibkan diarang walaupun rupa diarang burok & aib ..
banyak lagi keadaan yang lebih maju lagi daripada ni .. yang baru nak mula ni .. sebelum lebih jauh lagi ..
cuma aku rasa pakaian macam ni bukan yang sesuai untuk muslimah @ adik @ anak @ kakak @ saudara pompuan @ isteri2 kita ..
dan aku pun sedang mengubah adik2 & sedara anak beranak aku yang nak berubah ataupun yang tak tau macamana nak berpakaian ..
mana yang tak nak tu biarlah masa yang menentukan & semoga Allah yang memberi hidayah dan petunjuk pada diarang ..
bila dunia maju , eloklah pemikiran maju juga bukan balik ke zaman jahiliyah .. kalau tak tahu agama bleh belajar , banyak sekolah @ madrasah @ kuliah agama di masjid2 .. nak terjemahkan AlQuran tak bleh , bleh beli yang terjemahan dalam bahasa melayu @ bahasa ingeris & pelbagai bahasa ada sekarang ..
aku pun bukanlah orang yang pandai @ arif @ alim .. masih belajar lagi ..
aku minta maaf bebanyak jika ada yang marah atau tersinggung dengan post aku ni ..
Share This
Wanita mangsa dera ..
Photobucket
IBU empat orang anak, 
Nor Shamila A. Majid yang menjadi mangsa tetak suaminya

Sumber :  Kosmo! 

REALITINYA, setiap hari sepuluh wanita menjadi mangsa dera di negara ini. Namun, itu hanya melibatkan kes yang dilaporkan kepada pihak polis.

Jumlahnya mungkin lebih tinggi, demikian menurut pendedahan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D11 Bukit Aman, Superintendan Ong Chin Lan dalam satu seminar tidak lama dahulu. Ujarnya, kejadian keganasan terhadap wanita boleh berlaku di banyak tempat termasuk rumah, tempat kerja, kawasan awam, jalan raya dan di dalam kenderaan.

"Laporan polis menunjukkan, keganasan terhadap wanita kebanyakannya dilakukan oleh individu yang paling hampir dengan wanita berkenaan seperti suami, ahli keluarga lain atau kekasih," katanya. Bicaranya lagi, jenayah itu berlaku disebabkan mentaliti segelintir lelaki yang menganggap wanita serta kanak-kanak perempuan adalah insan lemah yang boleh disakiti.

Allah tidak memilih tulang tengkorak atau bahu, simboliknya kaum pompuan ni bukanlah untuk lelaki sembah atau di julang-julang atau di junjung dan diagung-agungkan. Pun begitu, Allah tidak memilih untuk diciptakan kaum pompuan daripada tulang kaki kerana letaknya perempuan bukanlah dibawah kaki lelaki. Bukanlah juga untuk diperhambakan. Dihina dan dikasari , dipijak2 , disepak terajang .
Tetapi Allah memilih tulang rusuk kerana berdekatan dengan rusuk adalah tangan. Simboliknya, kaum pompuan itu mestilah kaum lelaki lindungi. Paling penting sekali, kedudukan seorang pompuan adalah disisi seorang lelaki. Bukan di atas kepala atau dibawah tapak kaki. Berdekatan dengan rusuk juga ada hati. Simboliknya adalah kaum pompuan jugalah penawar segala racun dan yang paling penting sekali, kaum pompuan itu haruslah kaum lelaki cintai. Kerana rusuk adalah bahagian paling sensitif. Simboliknya, kaum pompuan itu tidak boleh atau bukan untuk kaum lelaki kasari & sakiti .
Kepada semua lelaki, cuba andaikan, ada seseorang memukul rusuk anda. Pasti sakit bukan? Begitu jugalah pompuan. Seperti mana anda pukul, seperti itulah yang dia (pompuan) rasai. Sakit yang mendatangkan dendam, benci dan sebagainya. Tangan lelaki sebenarnya berbisa. Dan kerana, berdekatan dengan rusuk itu banyak organ-organ penting. Simboliknya, kalau tak ada 'rusuk' tidaklah teguh dan lengkap dalam kehidupan lelaki. Lelaki dan pompuan diciptakan berpasangan dan saling memerlukan .
Share This
Gejala Sosial
Terbukti apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim baru-baru ini mendedahkan bahawa jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan meningkat kepada 17,303 di seluruh negara sepanjang tahun lalu iaitu purata 47 orang sehari.


Photobucket

Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun 2008 seramai 16,541 manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.


Photobucket


Angka tersebut meliputi anak-anak yang lahir di luar perkahwinan atau anak luar nikah.


Sebab itu dalam situasi ini Islam memandang berat kesalahan zina sebagai antara dosa besar kerana ia mendatangkan pelbagai keburukan. 

Photobucket

Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Angka tersebut juga bagaikan memberi 'isyarat' kepada masyarakat keseluruhan bahawa ia bukan isu yang harus dipandang ringan. .

Photobucket

Sumber : Utusan
Share This
10 Lagi Kes H1N1
hari ni 10 lagi laporan terbaru kes H1N1 diterima kementerian kesihatan dan 5 adalah positive H1N1 .. pusat pengajian adalah tempat yang paling diminati dan ramai boleh dijangkiti dalam satu2 masa ..


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sumber : Utusan
Share This
Mohd Haiqal
Mohd Haiqal Bin Ayop dari Klian Intan Perak dengan penuh kusyuk memberi perhatian dengan rancangan wonderpets ..

MHaiqal

Anak sedara aku la ni .. baru 5 tahun , ayah si haiqal ni tak dapat datang sebab bekerja di lombong bijih timah d Rahman Hidrlic klian Intan . perjalanan dari Klian Intan ke umah aku di Kubor Panjang ni ambik masa lebih kurang 2 Jam ikut jalan short cut aa .. ikut  lebuhraya bleh amik masa kat 4 jam gak .. harga bijih timah dipasaran sekitar klian intan sekarang ni hampir RM 400 / kg .. perghh lumayan tu ..

MHaiqal

nak suruh makan punya la susah ..

Photobucket

buat muka marah la pulakk..
Share This
Kulit BABI ..
sebagai panduan untuk aku dan sahabat semua bila menggunakan barangan daripada kulit .. mesti nkorang ada beli barangan buat daripada kulit kan .. kalau ada tertulis kat situ Kulit Babi senang kita tak beli kan .. 

Tanda Kulit Babi


kalau takde tulis macamana nak kenal  .. kat sini ada panduan macamana nak kenal kulit ni ..

Tanda Kulit Babi

Bintik 3 yang membentuk 3 segi macam ni .. dan selalunya kulit ni diletakkan di bahagian dalam kasut atau beg .. 

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

ni asal kulit diarang ni ..

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

Tanda Kulit Babi

berhati hati smua ..
Share This
Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's