Anak Tong Sampah ?
Photobucket

Wanita Hari Ini ( WHI ) membincangkan topik Anak Tong Sampah .. adussss tajuk je dah menghinakan / menjatuhkan air muka orang je .. boh la panggilan elok sikit .. dia cuma penghuni rumah penyayang / rumah anak2 yatim .. anak yang tiada penjaga .. anak yang terbuang .. dan masalah ni pun ada keluar di media2 cetak negara sebelum ini .. hmetro dll
Share This
Dinner RM 21.60
Photobucket

dinner aku malam ni kat MyFc Pokok Sena 2 orang je pun dah RM 21.60 , bfast 2 orang RM7.00 , Lunch 2 orang RM12.00 , minyak Ron95 RM20.00 = -+RM60.00 perghhh maknanya kos aku 2 orang sehari je rm50 - rm60 .. belum lagi hp + sewa umah + installment kreta + stimix yg selow + astro xnpk ape bila hujan + life insurance + belanja balik kampung + bla bla ... = RM 4K /mth just to keep alive .. blom lagi nak cuti2 malaysia .. arghhhhhhhhhhh i need RM2k/mth MORE ..
Share This
Umie dah kawin ..
memang umie dah sah dinikah pada 14 Mac 2010 di Mekah , aku lupa nak publish post aku kat sini terrrnampak cerita dia di Hmetro baru terirringat .. Tahniah pada umie & suami Datuk Paduka , lepas ni Datin Paduka Umie ..

ni gambar masa di Majlis mereka di Hotel One World , Bandar Utama ..

Umie Kawin

Umie Kawin

Umie Kawin

Umie Kawin
Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan & Datin Paduka Umie Aida

Tahniah !! Semoga bahagia ke anak cucu ..

** gambar ehsan cik hmetro , tq
Share This
Mangsa manusia
RogolSimbahAsid

kalau tengok je mangsa macam ni memang kita tau dia menderita , baru berumur 16 tahun .. tapi yang empunya badan lagi menderita kerana sebelum ini ogos 2009 , mangsa dirogol bapa tiri dan selepas itu disimbah asid cuka getah mengakibatkan mukanya badannya cedera teruk dan sekarang masih lagi menjalani rawatan pemulihan di hospital .. dia seorang ANAK , yang sepatutnya dilindungi , dibelai dengan kasih sayang .. tapi kenapa diperlakukan seperti ni .. lelaki @ kaum Adam sepatutnya melindungi  perempuan @ kaum Hawa yang lemah TAPI kenapa jadi sebaliknya .. seperti pepatah melayu " harapkan pagar , pagar makan padi " ..

Sumber : HMetro Selangor2u
Share This
Gurauan budak2 sekarang
Gurau je

gurauan di sekolah dengan kenkawan , cabul tu gurau ke ? .. ni kat dalam sekolah kat luar tak tau macamana lagi .. pihak skolah patut lebih peka dalam hal ni .. takan nak bukti sampai ada gurau terrrogol , terrrrbuang bayi plak .. aku tengok kat sini ade kelebihan untuk keselamatan  pelajar pompuan juga bila sekolah mengasingkan pelajar lelaki & pompuan .. , juga bila pelajar pompuan menutup aurat mengikut landasan yang sepatutnya dan bukannya hanya menutup ikut mana yang patut je ..
sbb aku tengok pelajar / budak2 pompuan sekarang ni .. yang tertutup terrrbuka , yang labuh terrrpendek , yang tersorok terrrserrrlah , yang besar terrrsendattt , kecikk nampak terrrbesarrr .. bila tak nampak jadi terrrnampakkk .. tak tengok jadi terrrtengokkk .. untuk keselamatan pompuan juga .. bukan nak kena bungkus tak nampak ape .. tapi Lu Pikir La Sendiri ..

Sumber : MyMetro
Share This
Jom Heboh di Kelantan
JomHeboh

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.

Ok je , takde masalah pon nak asingkan yang bukan muhrim .. 
Sumber  :  HD
Share This
Dr Jin
Photobucket
Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin

Satu contoh yang patut kita tengok & ikuti , beliau berjaya mendapat gelaran " Dr " dalam masa 2 tahun lebih pada usia 76 tahun .. seperti yang beliau percaya " Budaya Berilmu " menuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad ( ke akhir hayat la ) walaupun beliau dah berusia tapi itu tak menghalang beliau dari terus menambah ilmu lagi ..
Share This
Kerana ANJING
Photobucket
gambar ehsan :  Kosmo!

mungkin nkorang pernah terjumpa cerita ni di web dia di http://www.mymki.com berbagai pendapat yang yang diluahkan dari tuan tanah Muzaffar Kaisar Ishak dan pelawat dari malaysia juga luar negara tentang pendirian beliau mengenai Anjing ... sebelum ni takde masuk paper pun tapi arini dah masuk KOSMO , SINAR ..
Share This
Kenduri Cik Tat
Kenduri kesyukuran di rumah cik tat & cik yam di Alor setar 26/03 acara memasak sebelah pagi .. doa selamat selepas solat jumaat sempena cik pinas dapat 5A ( anak cik tat & cik yam ) & cik dilla nak g PLKN 28/03 ni ..

Kenduri Cik Tat
Kenduri Cik Tat
Kenduri Cik Tat
Kenduri Cik Tat
Kenduri Cik Tat
Sup Ayam ni nak buat mee hon sup power !!

Kenduri Cik Tat
Kenduri Cik Tat
Kenduri Cik Tat
ni buka pintu bleh nampak bendang tepi umah depa( dierang )..

Kenduri Cik Tat
Jangan buka pintu terjun dalam sawah dah!!

Kenduri Cik Tat
Share This
Mat Arih bertunang
Anak sedara @ kat sini panggil anak menakan aku bertunang ari ni  25/03/10 .. ari ni dari pagi sampai petang penuh jadual .. pagi anta ayang aku g meeting amanah ikhtiar .. lepas tu , urusan pengkebumian pak menakan plak selesai kol 1 tghari .. petang majlis bertunang anak menakan plak si mat arih ni .. yang dok di danglau , lubok merbau ..
Mat Arih
weih jalan sekali la , napa berterabur je ni ..

Mat Arih
amboii.. mak2 dara ni smua nak ngikut gak ..

Mat Arih
amboii.. laksa kuah lemak ngan isi ikan banyak tu!! ..

Mat Arih
eh zizan !!! hang kalau makan cepat je ..

Mat Arih
kita bincang dulu macamana , berapa setuju .. hantarannya nanti 

Mat Arih
angpa setuju ka ? orang lelaki setuju ???

Mat Arih
alhamdulillah sama2 setuju noo.. RM 5,544.00 + cincin sebentuk ..

Mat Arih
Mat Arih
banyak jugak hantarannya ..

Mat Arih
meh tuk nak sarungkan cincin ni ..

Mat Arih
yang mana satu yang dipinang ni .. hehehe ..

Mat Arih
senyum ya semua , pembawa hantaran 5 dulang .. 
hat kecik ni terlebih senyum ni ( fifi )

Mat Arih
weih tepila , aku nak amik gambar ni .. sebuk je madi

Majlis selesai kol 6 ptg .. dengan hantaran yang di persetujui RM 5,544.00 dengan sebentuk cincin .. InsyaAllah akan dilangsungkan Nov 2010 ni .. Tahniah Mat Arih ..
Share This
Pak Ngah Deraman
Pak ngah Deraman Kuan Buang , Nawa , selamat dikebumikan hari ini .. Al-Fatihah  semoga rohnya ditempatkan kedalam orang2 yang beriman .. terkejut gak aku dengar berita ni .. baru jumpa minggu lepas ..
Share This
Anak anak Amanah Allah
Photobucket

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya ”.

Yang dikatakan sedekah jariah ialah amalan sedekah yang pahalanya sampai menemuinya walaupun sudah meninggal 500 tahun umpamanya seperti membina masjid, surau, membina rumah anak yatim dsb. Mengikut setakat mana keikhlasan kita. Ada juga amalan jariah yang tidak dibalas dengan pahala tetapi dosa, contohnya mendirikan dewan tarian, mendirikan panggungwayang dan pentas hiburan semua dosa orang yang mengunjungi tempat itu akan dihantar kepada simati walaupun telah 600 tahun misalnya.

Termasuk dalam kategori ilmu yang dimanfaatkan ialah seperti menulis kitab yang memberikan kesedaran kepada orang dan buku itu digunakan zaman berzaman. Selagi kitab itu digunakan dan faedahnya tersebar luas, pahala akan terus mengalir kepadanya. Begitu juga siri ceramah dan tazkirah seperti didalam blog , laman web atau homepage. Doakanlah aku mudahan homepage tazkirah ini termasuk dalam ilmu yang dimanfaatkan. Jika sepeninggalan aku nanti, blog ini ini terus dibaca orang, insyallah akan diperolehi pahalanya. Ini bergantung kepada keikhlasan tanpa niat ria'. Sama-samalah berdoa semoga kita ikhlas.

Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan memelihara mereka baik mengikut landasan Islam. Ibubapa mesti bertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah kelak. Dalam rangka memelihara amanah Allah itu, ibubapa adalah diwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama. Tegasnya mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya ( bukan setakat pendidikan untuk UPSR, PMR atau SPM ) , Sebaliknya ibubapa yang melalaikan tugas amanah ini adalah berdosa.

tapi sekarang banyak berita yang kita dengar di media2 tentang anak2 yang terbiar dan di dera tanpa ada belas kasihan , disepak terajang , dipijak2 , dibakar , ditumbuk , dipukul dan macam2 lagi .. aku nak cakap pon tak terkeluar di mulut aku ni .. kekejaman yang di alami memang sukar nak dibayangkan oleh oleh otak orang yang waras ni .. 
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Share This
pakej baru dari TM
Photobucket

streamyx memang kadang2 tu buat aku geram gak , lembab gila .. tapi apa kan daya tu je yang ada kat kawasan aku ni .. kemarin aku g TM setel bil streamyx .. nampak pakej baru BlockBuster Deals , kat aku baru aa sbb baru tau hahaha .. tengok tu ok gak untuk save bajet ..

Photobucket

Photobucket

mana kenkawan yang tak tau lagi tu bleh aa tgk ..
Share This
Sakit gigi ke ?
Photobucket

perghhh dah 3 hari aku sakit gigi ni .. baru ari ni kurang skit , nasib baik pakcik google tolong cari obat sakit gigi .. nasib baik nkorang tak banyak tanya , kalau tak , memang kena la ..

Photobucket

alhamdulillah ari ni tak rasa sakit sangat dah .. aku boh menda ni .. mesti nkorang tak pecaya

Photobucket
bunga cengkih

terima kasih kepada kitab en fazlisyam @ www.Fazlisyam.com  yang banyak membantu
Share This
Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's