memang sekarang ni keadaan cuaca sangat panas , dikawasan utara malaysia pendahulu suhu tertinggi .. aku nasihatkan nkorang minum air bebanyak .. kurangkan aktiviti diluar .. bulan mac ni akan bertambah panas!!!
Laporan PBT :
Laporan PBT :
Keadaan cuaca semasa yang panas dan kering yang di alami di seluruh negara ketika ini adalah perkara yang normal bagi bulan Mac. Ini adalah kerana ketika ini negara sedang berada dalam fasa penghujung musim monsun TimurLaut dimana lazimnya cuaca adalah panas dan kering. Hasil dari pemerhatian didapati aktiviti-aktiviti cuaca adalah sangat aktif di bahagian Hemisfera Selatan berbanding di Hemisfera Utara. Keadaan ini menyebabkan seluruh negara khususnya Semenanjung Malaysia terdedah kepada cuaca yang agak kering. Sementara itu, terdapat fenomena yang lazim berlaku pada setiap tahun pada bulan Mac ialah dimana matahari bergerak merentasi garisan Khatulistiwa. Dijangkakan matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa (Ekuinoks) adalah pada 21 Mac 2003 akan datang. Ini juga merupakan faktor yang dapat menyumbang kepada cuaca yang lebih panas. Walaupun begitu masih lagi terdapat hujan di satu dua tempat di kawasan pendalaman namun, jumlah hujan yang terkumpul (diterima) serta kawasan yang menerima hujan adalah kecil iaitu berbentuk setempat (localized).
Share This
0 Dah Membebel Lagi
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)