ni tempat aku masa kecik2 dulu aa .. dulu takda apa2 kemudahan apa pon .. tapi sekarang dah macam2 ada ..
Terletak di Hutan Simpang Berembun
Keluasan 3.4 ha
Merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa Bukit
Terletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang.
Tarikan utama : Air Terjun 4 tingkat (Sungai Batang Toi) dan Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk
Terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta
Lengkap dengan kemudahan tandas, surau, bilik persalinan serta ‘boardwalk’
Terdapat gerai-gerai makanan disediakan untuk peniaga meniaga.
Terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta papan lungsur bagi kanak-kanak.
Aktiviti yang disediakan selain mandi-manda ialah berkelah , trekking , berkhemah , penyelidikan dan sight-seeing.
DARAT
Terdapat 3 laluan utama untuk ke Daerah Jelebu:
- Seremban - Kuala Klawang
- Jempol - Simpang Pertang
- Genting Peras – Titi
Seremban – Air Terjun Jeram Toi
Melalui jalan yang dikenali sebagai Bukit Tangga sekiranya dari Bandar Seremban dan akan melalui perkampungan Melayu tradisional di kiri kanan jalan sepanjang laluan ke Air Terjun Jeram Toi dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja .
Jempol – Simpang Pertang
Sekiranya dari daerah Jempol, pengunjung boleh menggunakan jalan Simpang Pertang melalui jalan Bukit Petasih ke pekan Kuala Klawang untuk ke Jeram Toi dan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan.
Genting Peras – Titi
Satu lagi jalan alternatif yang digunakan sekiranya pengunjung datang dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk ke Pekan Kuala Klawang akan menyaksikan pemandangan yang menarik dengan kehijauan bukit bukau untuk terus ke Jeram Toi .
Share This
0 Dah Membebel Lagi
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)