Perkosa dalam kelas ...
Photobucket
gambar hanya sekadar hiasan

Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah. Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.

Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas. Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.

“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya.  Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu hanya dibuat mangsa enam hari selepas kejadian dengan ditemani kakitangan rumah kebajikan berkenaan di Balai Polis Rawang.

“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum ke sekolah mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin.  “ Polis menahan pelajar lelaki terbabit yang berada dalam kelas. Pelajar terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya. Menurutnya, mangsa turut dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan dia diperkosa.

“Kes terbabit kini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah memperkosa,’ katanya.

Sumber :  myMetro Sinar the Sun

pelajar lelaki tingkatan 2 @ baru berumur 14 tahun dah mempunyai nafsu serakah tanpa batasan dalam kawasan sekolah .. sehingga sanggup memperkosa pelajar perempuan dalam kelas ..ishh budak2 sekarang dah semakin maju .. baru umur 14 .. kalau umur 20 mcmana ..

kemaskini
dan laporan akbar the Sun pula mengatakan doktor menemui sebatang pencil berukuran 4cm dalam kemaluan mangsa & kejadian disaksikan beberapa rakan yang melindungi kejadian dari dilihat rakan yg lain ...
Share This
4 Dah Membebel Lagi

  1. Ringgo Membebel:

    apa yg patut kita buat bro..


  2. nas aliff Membebel:

    terlebey tgk cite blue ar tuhh..
    huih~


  3. Ringgo Membebel:

    tu aa sapa yg susah sekarang .. kurang didikan agama , ibubapa kurang memantau aktiviti anak2 & membiarkan nafsu menguasai diri.. hasilnya rosaknya kehidupan orang lain & diri sendiri masuk tahanan polis ..
    bagaimana jika terjadi kepada adik/kakak kita , anak/saudara perempuan kita , kawan baik kita atau diri kita sendiri sbg perempuan ..


Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's