Dera anak guna rotan, getah paip ..
Polis menahan pasangan suami isteri selepas disyaki mendera anak lelaki mereka berusia 10 tahun dengan memukulnya menggunakan rotan dan getah paip di sebuah rumah di Umbai, Jasin , Melaka baru-baru ini.
Pasangan berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 35 tahun Rabu lalu selepas menjumpai kanak-kanak tersebut ketika dia sedang merayau-rayau di sebuah pasar malam di Machap Umboo di sini dua hari sebelum itu.
Difahamkan, ketika itu mangsa didakwa berada dalam keadaan ketakutan ekoran baru sahaja melarikan diri kerana tidak tahan didera oleh ibu bapanya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ( Risikan dan Operasi ) negeri, Supritendan Hamdan Majid berkata, siasatan awal polis mendapati, pasangan tersebut mendera kanak-kanak tersebut kerana tidak tahan dengan perangainya yang hiperaktif.
Sumber : Kosmo!
macamana pemikiran ibubapa masa sekarang ni .. mendidik anak menggunakan rotan & getah paip macam pukul pokok kayu je .. lebam biru merah badan budak ni menahan sebatan getah paip dan rotan .. ada cara lain untuk mendidik bukan macam ni .. aku dulu pun nakal juga la tapi takde la sampai macam ni .. aku berterima kasih pada lelaki yang melaporkan kes ni kepada polis dan aku juga berharap pada manusia2 dimuka bumi ni prihatin macam dia ni .. jangan biarkan kanak2 di iniaya .. sepatutnya kita yang dewasa yang menjaganya dengan kasih sayang bukan melayan mereka macam kayu mati yang takde perasaan .. kalau tak boleh nak jaga , hantar kat aku ..

Share This
0 Dah Membebel Lagi
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)