Golongan Pengemis @ Peminta sedekah ini adakah mereka ini mengemis @ meminta sedekah kerana mereka ni kurang kemampuan/malas/tidak mahu untuk melakukan kerja lain ATAU kerjaya ini memang memberi pulangan yang lumayan .. sememangnya ada golongan yang kurang upaya/kurang mampu untuk bekerja terpaksa mengemis/meminta sedekah TAPI ada juga golongan orang yang mengambil kesempatan atas simpati orang ramai terhadap golongan ini dengan menyamar sebagai orang yang kurang upaya/kurang mampu
Seksyen Dunia Kosmo! melaporkan pengemis-pengemis di Teheran memperoleh pendapatan AS$1,500 ( RM4,815 ) sebulan, lima kali ganda daripada gaji minimum pekerja di Iran, lapor agensi berita Mehr semalam. Menurut seorang pegawai yang mengendalikan perkhidmatan sosial di Teheran, Sadegh Avvali, pengemis-pengemis itu memperoleh pendapatan AS$50 (RM160.74) sehari.
Dia berkata, kebanyakan pengemis itu datang dari kampung dan kawasan pekan terpencil tetapi terdapat juga warga asing. Gaji minimum pekerja di Iran ialah kira-kira AS$300 (RM964.44) sebulan dan kebanyakan penduduk di negara tersebut percaya bahawa memberi sedekah merupakan satu bentuk kebajikan.
Berdasarkan inisiatif pihak perbandaran, pengemis dan golongan tidak berumah akan dihantar ke beberapa pusat perlindungan pada waktu malam. - AFP
dan bagaimana plak pengemis / peminta sedekah di Malaysia ni..
dan bagaimana plak pengemis / peminta sedekah di Malaysia ni..
dan paparazzi malaysia pernah membuktikan ..
macamana kita @ PBT nak membenteras perkara2 ni @ orang2 yang kurang upaya ni di eksploitasikan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ..
Share This
0 Dah Membebel Lagi
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)