Di tendang suami ..

Photobucket

“ Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan. Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain. Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya. 

“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan. “Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam. 

Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan.

Sumber :  myMetro

*** masih ada lagi kes macam ni walaupun dunia semakin maju ..
Share This
8 Dah Membebel Lagi
  1. eh2..da la org tu baru lepas pantang.hmmm..apela nk jd ngn rakyat malaysia nih


  2. Nur Hawa Mohd Zin Membebel:

    Astaghfirullah al azim....sedih tgk keadaan mcm ni


  3. Ringgo Membebel:

    @sugar : besa aa org laki2 .. tunjuk kuat ..

    @ Nur hawa : nak wat camna ..

    kenapa org pompuan ni taknak bersedia .. skrg dah zaman 2010 .. yang melindungi isteri tu ialah suami .. yang tendang terajang tu jembalang.. so kena bersedialah dengan ilmu yang boleh mempertahankan diri anda dari jembalang2 ni .. blaja silat , TKDo , Karate , Aikido , Ninjutsu , Taichi dan macam2 lagi .. bawa kawan utk temankan kalau ape2 terjadi bila jadi kes mcm ni..


  4. nuriz Membebel:

    tadi sy terbaca satu blog duk menyalahkan si isteri kalau suami pukul isteri, katanya isteri kuat bebel, kalo cam kes ni nak salah bini lg ke.


  5. Ringgo Membebel:

    @nuriz : ada cara perbincangan yang lebih mesra alam dari menggunakan kekerasan dalam perundingan ..


  6. Anonymous Membebel:

    Silap diri sendiri la tu... masa dulu nak nikah tak tanya suami.. aliran agama ker..? Solat ke tak..? jaga solat ker tak..? ilmu nak berumah tangga cukup ke tak..? Jaga Solat maka Allah jaga la keluarganya.. Allahuakbar..


  7. Anonymous Membebel:

    Ko sebelahkn laki die apesal?
    Xder hati perut punye org.
    Jodoh ni kerja allah taala
    Otak letak kt lutut!


  8. Anonymous Membebel:

    Sepatutnye die kna berteman sbb die tgh pntang kan...bahaye ape2 jd..tp yelah kan..sape sangke suami yg disayangi sanggup buat mcm ni...dh le baru lps beranakkn anak die..bnde camni boleh bwk mahkamah..bole bela diri sbb tertakluk kpd undang2


Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's