Hapuskan Subsidi ..

pic tq to lovemilia.com

Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun. Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan di sini, semalam, bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi.

Idris berkata, Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). “Jumlah subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah. Ini menimbulkan beban fiskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan negara menjadi muflis seperti Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang,” katanya. Beliau berkata, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berkata rakyat Malaysia harus sedar negara memberi subsidi tertinggi, iaitu 4.6 peratus daripada KDNK, malah lebih tinggi berbanding Switzerland (3.5 peratus), Indonesia (2.7 peratus) dan Perancis (1.4 peratus). Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus. Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.

“Masanya sesuai untuk menaikkan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 setong. Kita juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan mekanisme harga terapung,” katanya. Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012. Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.

Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif. Idris berkata, cadangan itu akan dibuat secara berperingkat antara setahun hingga lima tahun supaya pelaksanaannya tidak membebankan rakyat. Pada masa sama, rasionalisasi subsidi petrol juga dicadang memberi rebat tunai sebanyak RM54 kepada pemilik motosikal yang kurang 250cc, manakala kereta kurang 1,000cc mendapat RM126. Diskaun 20 peratus juga diberi untuk tambah nilai kad Touch n G0 bagi transaksi melebihi RM80 sebulan. Bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga makanan pula, rebat tunai RM20 diberi kepada pemegang kad MyKad atau MyKid untuk tahun pertama manakala tahun kedua diskaun hanya untuk pemegang kad MyKasih yang pendapatan seisi rumah di bawah kadar tertentu.

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi minyak dijangka dapat menjimatkan RM44.9 bilion dalam tempoh lima tahun sehingga 2014, elektrik (RM35.9 bilion), tol (RM3.7 bilion), makanan (RM8.5 bilion). Idris berkata, kerajaan juga akan mengurangkan pembaziran dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan dan kesihatan yang boleh menjimatkan sehingga RM16.3 bilion dalam tempoh sama. Beliau bagaimanapun berkata, pelaksanaan rasionalisasi itu bergantung kepada keputusan Kabinet. 

Sumber  :  BHO

*** Rakyat didahulukan merasa bahang tiada subsidi .. ni semua urusan pentadbiran kewangan .. kalau kat umah pun kita yang menguruskan hal kewangan tanpa SUBSIDI .. dan aku memang meneruskan hidup keluarga aku tanpa SUBSIDI .. ok je .. sewa umah , duit keta , duit sekolah anak2 , duit belanja dapor , bil2  lektrik , tipon , henpon , zakat pun bayar gak .. ni semua bab pentadbiran kewangan .. jabatan kewangan takan tak reti nak kira .. brapa pendapatan negara , berapa nak kena belanja .. apa yang boleh dijimatkan .. rakyat disuruh berjimat .. pak menteri nak berjimat ke .. gaji 3 ribu cukup ke .. ? nak elaun lagi ke ..? rasuah nak lagi ke ? projek berbilion2 kos kos 30% je nape camtu , makan byk sgt ke ..  kan semua ditanggung kerajaan watpe nak gaji tinggi2 .. nape nak wat umah sampai kos berjuta2 .. keta kerajaan bagi nape nak beli 5 biji guna seniri lagi .. dengan pendapatan menteri padan ke dgn aset yg pak2 menteri ade ..
Labels: , edit post
Share This
0 Dah Membebel Lagi
Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's