Universiti La Trobe naik taraf surau bernilai RM2.725 juta

Surau bagi kemudahan pelajar Islam menunaikan solat di Universiti La Trobe  Melbourne , Australia , sudah dibuka semula selepas dinaiktaraf membabitkan kos A$927,000 ( RM2.725 juta ).

Presiden Persatuan Islam universiti itu, Mohamad Tabbaa, berkata surau itu kini dilengkapi dengan bilik air baru, permaidani dan alat pemanas hawa serta saiznya diperbesarkan dua kali ganda bagi memenuhi keperluan pelajar Islam yang semakin meningkat di universiti itu. La Trobe mempunyai kira-kira 1,500 pelajar Islam. 

"Mempunyai bilik air untuk berwuduk dan kemudahan surau bermakna kami mempunyai lebih banyak masa untuk belajar dan pada masa yang sama mudah untuk bersolat," kata Tabbaa kepada akhbar Leader.

"Bersolat adalah sesuatu yang amat peribadi dan unik kepada pelbagai agama dan adalah sesuatu yang amat melegakan untuk mempunyai tempat untuk berwuduk sebelum menunaikan solat.

"Ia mungkin dilihat sebagai anti-sosial jika kami membasuh kaki kami di tandas pelajar dan terdapat banyak gerakan ketika bersolat, yang mungkin ditafsirkan secara berbeza oleh mereka yang tidak faham dengan agama kami," katanya.

Beliau berkata, surau baru itu boleh memuatkan 300 jemaah, satu perubahan yang amat dialu-alukan selepas sebelum ini pelajar terpaksa bersolat di luar apabila surau lama penuh .
"Kami amat gembira dengan perubahan ini dan amat menghargai apa yang telah dilakukan oleh universiti ini," kata Tabbaa.

Naib Canselor universiti itu, Profesor Paul Johnson memberitahu akhbar itu, bangunan yang dinaiktaraf itu akan membantu pelajar memenuhi tuntutan pelajaran mereka dan juga menunaikan solat.

Universiti itu juga mengeluarkan panduan baru kepada pelajar Islam, yang mengandungi maklumat mengenai lokasi makanan halal, masjid dan persatuan pelajar Islam. - Bernama


*** ditempat lain Umat Islam disekat melakukan suruhan Agama tapi di Universiti La Trobe Australia menyediakan kemudahan pelajar Islam untuk beribadat dengan lebih selesa ... Universiti di negara lain macamana ..??

Photobucket
Labels: , edit post
Share This
0 Dah Membebel Lagi
Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's