07
Jun 2010

Seorang murid sekolah rendah agama di sini cedera dilempang seorang ustaz gara-gara dituduh membuat bising. Dalam kejadian Jumaat lalu murid yang juga pengawas sekolah, Azeef Hamdan 12, mengalami pendarahan dalam hidung berikutan dilempang dengan kuat oleh uztaz yang juga penolong kanan sekolah berkenaan. Menceritakan detik itu, Azeef berkata dia terkejut apabila ustaz itu memanggilnya ke hadapan sewaktu perhimpunan dan tidak semena-mena melempangnya. Pada ketika itu katanya dia sedang mengarahkan seorang murid yang bercakap supaya senyap berikutan perhimpunan sedang berlangsung.
“Ustaz panggil tanpa memberitahu kesalahan saya terus lempang sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam. Akibat tindakan ustaz itu telinganya menjadi berdengung dan dia tidak dapat mendengar dengan jelas selama beberapa minit. “Seorang Ustazah kemudian panggil saya ke bilik guru dan melihat kecederaan yang saya alami dan cuba menyembuhkannya melalui bacaan ayat suci Al-Quran,” katanya
Sementara itu ibunya Jamilah Mohd Hassan 45, menyifatkan tindakan ustaz itu melempang anaknya tanpa usul periksa sebagai melampau. “Kalau anak saya salah sekalipun ustaz itu perlu tanya dulu anak saya sebelum ambil tindakan ini tidak dia dilempang sambil disaksikan oleh murid dan guru sekolah itu,”katanya. Menurutnya dia hanya mengetahui hal sebenar apabila terlihat anaknya menangis ketika pulang dari kerja Jumaat lalu dan ketika ditanya Azeef memberitahu hidungnya keluar darah ketika mandi akibat dilempang ustaznya.
“Saya kesal tindakan melulu yang diambil ke atas anak saya menyebabkan Azeef kini mengalami trauma akibat kejadian itu selain malu kerana dia merupakan pengawas sekolah,” katanya Jamilah berkata anaknya itu jenis yang pendiam dan dan tindakan yang diambil mengatakan anaknya membuat bising seperti tidak munasabah. “Saya diberitahu ustaz tersebut sebelum memang terkenal suka mengambil pendekatan melempang murid,” katanya.
Ustaz berkenaan ada menghubungi suami untuk memohon maaaf atas alasan dia hilang pertimbangan namun ianya sudah terlambat kerana kami mengambil keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah. Dua laporan polis dibuat berhubung kes berkenaan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara.
Sumber : Sinar
*** kenapa tangan tu ringan sangat ustaz .. ?? anak2 memang la nakal tapi mendidik bukan dengan kekerasan .. bukankah sabar tu separuh daripada iman ..
Sumber : Sinar
*** kenapa tangan tu ringan sangat ustaz .. ?? anak2 memang la nakal tapi mendidik bukan dengan kekerasan .. bukankah sabar tu separuh daripada iman ..
Share This
0 Dah Membebel Lagi
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)