Hampir Terbang ..
Photobucket

Photobucket

Kejadian berlaku selepas kaki pemandu berkenaan tersepit antara pemecut dengan brek ketika dia berundur. Kereta Mercedes itu meluncur laju sehingga melanggar dinding menyebabkan ia berlubang dan sebahagian kereta itu terjulur keluar.

Pemandu berusia 67 tahun yang namanya tidak didedahkan bagaimanapun terselamat. Kejadian itu juga menyebabkan batu dinding itu jatuh menghempap dan memecahkan cermin beberapa kereta yang parking di bawah.

Sumber :  myMetro

*** nasib baik tersangkut kat situ .. kalau tak terbang dari tingkat 7 ke bawah ..
Share This
Pencarian Model Bertudung ....
Photobucket

Plaza Masalam di sini hari ini akan menjadi medan persaingan sengit 31 orang wanita yang mengidamkan kejuaraan sempena acara final pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda. 

Apa yang menarik, barisan finalis pertandingan itu bukan sekadar gadis jelita yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan tetapi juga wanita yang sarat hamil.
Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, pertandingan yang akan bermula pada pukul 2 petang itu menampilkan calon-calon akhir yang berbakat dalam bidang peragaan fesyen terutama gaya tudung. Katanya, peserta berusia antara 20 hingga 40 tahun itu mempunyai penampilan wajah Melayu serta campuran Arab.
“Kesemua peserta cantik-cantik belaka dan ia mungkin memberi saingan sengit kepada para juri untuk memilih siapa paling layak bergelar juara,’’ katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertandingan itu semalam.

Photobucket

sumber : Kosmo!

*** apa syarat pemilihan ni ? 
  • cara pemakaian tudung yang ringkas & menarik/memikat ..
  • raut muka yang cantik & menarik ..
  • bentuk tubuh apabila memakai tudung ..
  • apakah memakai tudung ni untuk nampak cantik atau menutup Aurat ..
  • tertutupkah Aurat dengan memakai tudung macam ni ..
  • tudung ni fesyen je ke..
minta maaf pada pembaca .. Aurat ni bukan untuk dipertontonkan di khalayak ramai .. bertudung itu memang elok tapi mendedahkan bentuk tubuh / Aurat wanita itu tetap Haram!!


Share This
Harimau Kayu dengan 120 perempuan
Tiger Woods kantoi ngan 120 perempuannya

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Sumber : NYDaily News , Kosmo!

Bukan 13 seperti yang didedahkan beberapa laporan sebelum ini, sebaliknya bilangan sebenar wanita yang pernah tidur dengan pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods sepanjang lima tahun perkahwinannya dengan bekas model, Elin Nordegren adalah 120 orang, lapor sebuah akhbar semalam.

Angka tersebut berdasarkan laporan majalah Amerika Syarikat (AS), National Enquirer pada minggu ini. Satu sumber majalah itu menyatakan bahawa bintang golf tersebut menyenaraikan semua wanita yang pernah ditidurinya semasa dia menjalani terapi ketagihan seks. 

nafsu dia segagah harimau ..  gila sungguh dia tak kira sapa .. anak jiran pun dia sapu ..

Share This
Lagi kes DERA anak ...
Dera anak guna rotan, getah paip ..

Rotan n getah paip


Polis menahan pasangan suami isteri selepas disyaki mendera anak lelaki mereka berusia 10 tahun dengan memukulnya menggunakan rotan dan getah paip di sebuah rumah di Umbai, Jasin , Melaka baru-baru ini.

Pasangan berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 35 tahun Rabu lalu selepas menjumpai kanak-kanak tersebut ketika dia sedang merayau-rayau di sebuah pasar malam di Machap Umboo di sini dua hari sebelum itu.

Difahamkan, ketika itu mangsa didakwa berada dalam keadaan ketakutan ekoran baru sahaja melarikan diri kerana tidak tahan didera oleh ibu bapanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ( Risikan dan Operasi )  negeri, Supritendan Hamdan Majid berkata, siasatan awal polis mendapati, pasangan tersebut mendera kanak-kanak tersebut kerana tidak tahan dengan perangainya yang hiperaktif.

Sumber : Kosmo!

macamana pemikiran ibubapa masa sekarang ni .. mendidik anak menggunakan rotan & getah paip macam pukul pokok kayu je .. lebam biru merah badan budak ni menahan sebatan  getah paip dan rotan .. ada cara lain untuk mendidik bukan macam ni .. aku dulu pun nakal juga la tapi takde la sampai macam ni .. aku berterima kasih pada lelaki yang melaporkan kes ni kepada polis dan aku juga berharap pada manusia2 dimuka bumi ni prihatin macam dia ni .. jangan biarkan kanak2 di iniaya .. sepatutnya kita yang dewasa yang menjaganya dengan kasih sayang bukan melayan mereka macam kayu mati yang takde perasaan .. kalau tak boleh nak jaga , hantar kat aku ..
Share This
Betul ke kerana kakak ..
Photobucket

Setakat manalah sangat kudrat seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun, apatah lagi untuk menjaga adik sepanjang hari ketika ketiadaan ibu bapa di rumah. Akibat tertidur sekejap di ruang tamu, adik bongsunya berusia 16 bulan yang dijaganya ketika ibu bapa keluar bekerja, ditemui tersembam dalam sebuah akuarium yang diletakkan di lantai dapur.

Bayi yang bertarung nyawa selama 14 jam selepas ditemui berkeadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dalam akuarium di rumahnya di Jalan Ismail di sini, kelmarin, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam.

Dalam tragedi malang itu, mangsa, Nurul Najwa Atika, yang tidak diawasi selepas kakak sulungnya tertidur di ruang tamu, dipercayai tertarik untuk bermain dengan pelbagai ikan peliharaan dalam akuarium yang diletakkan di atas lantai dapur... baca lagi.. 

Sumber :  myMetro

tak patut la tugas/tanggungjawab menjaga bayi berumur 16 bulan diserahkan bulat2 pada kanak2 yang berusia 12 tahun .. dan tak patut jugak akuarium yang tak bertutup diletakkan diatas lantai ..

emak bapak kena la lebih berhati2 lagi untuk mengelakkan kejadian yang tak disengajakan berlaku kepada anak2 yang tersayang tambah2 lagi anak yang masih kecil lagi .. sesal kemudian dah tak berguna lagi .. Al-Fatihah
Share This
kembali ke rahmatullah
Al-Fatihah ..  kepada Allahyarham abang Ni .. adik pada abang ipar aku yang kembali ke rahmatullah tghari tadi setelah seminggu koma di wad ICU hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar . Eksiden ngan lembu yang melintas jalan ketika balik dari kebun naik motor .. 3 jam selepas aku jumpa dia di kebun ..
Share This
Koc Khas Wanita sahaja ..
Koc untuk wanita sahaja dilancarkan oleh KTMB hari ini yang memulakan perjalanan dari sentul ke pelabuhan kelang ..  sebelum diperluaskan ke laluan ke seluruh negara ..

Photobucket

Photobucket


Sumber : KTMB

banyak kebaikan yang akan dapat oleh kaum wanita ini bila ada koc khas untuk diarang ni .. dan statistik penumpang menunjukkan 60% penumpang adalah wanita .
Pengguna2 dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu .

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) :
  •   Koc Hadapan – Koc Biasa ( lelaki dan wanita )
  •   Koc Tengah – Koc Wanita ( wanita sahaja )
  •   Koc Belakang – Koc Biasa ( lelaki dan wanita )
bukan la koc lain orang pompuan ni tak bleh guna ..cuma koc ni memang khas untuk diarang ni ..
Labels: , 3 comments | edit post
Share This
Harga Minyak Petrol Turun ..
Photobucket

Photobucket


Syarikat minyak tempatan menurunkan harga minyak selasa ini untuk petrol dari 50 sen seliter & disel 25 sen seliter .. 


*** perghh minyak turun lagi TAPI bukan di Malaysia cuma di filipina sahaja .. macamana plak harga minyak disana bleh turun tapi di malaysia TIDAK !!! ..




Share This
Adik bukan penjenayah
Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini .

Photobucket

Photobucket

Sumber : myMetro

“Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Dia bersama ahli keluarga diarah ke Rumah Mayat HTAR sebelum terkejut melihat dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, berdasarkan penjelasan pegawai polis, adiknya cuba melarikan diri dengan memecut kereta dari bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghala rumahnya dan sebaik tiba di tempat kejadian, kawan adiknya bergegas keluar kereta dan melarikan diri.

Sumber2  : myMetro

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandu suspek sebelum ia terbabas ke bahu jalan.

“Sejurus terbabas, rakan suspek bergegas melarikan diri sebelum dikejar dua anggota polis peronda.

“Dua lagi anggota memeriksa keadaan suspek, tetapi suspek tiba-tiba mengundur kenderaannya dan cuba merempuh anggota berkenaan.

“Terkejut dengan tindakan mangsa, anggota polis melepaskan tembakan ke arah suspek yang berada dalam kereta,” katanya.

**** macamana bleh jadi macamni ... ?? takda amaran ke sebelum melepaskan tembakan ke.. mangsa ada senjata merbahaya ke atau merempuh polis dengan merbahaya ke ?
Share This
Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's