Showing posts with label Santai je. Show all posts
Showing posts with label Santai je. Show all posts
dan gambar2 ni bukan la bertujuan nak memburokkan @ mengaibkan diarang walaupun rupa diarang burok & aib ..
banyak lagi keadaan yang lebih maju lagi daripada ni .. yang baru nak mula ni .. sebelum lebih jauh lagi ..
cuma aku rasa pakaian macam ni bukan yang sesuai untuk muslimah @ adik @ anak @ kakak @ saudara pompuan @ isteri2 kita ..
dan aku pun sedang mengubah adik2 & sedara anak beranak aku yang nak berubah ataupun yang tak tau macamana nak berpakaian ..
mana yang tak nak tu biarlah masa yang menentukan & semoga Allah yang memberi hidayah dan petunjuk pada diarang ..
bila dunia maju , eloklah pemikiran maju juga bukan balik ke zaman jahiliyah .. kalau tak tahu agama bleh belajar , banyak sekolah @ madrasah @ kuliah agama di masjid2 .. nak terjemahkan AlQuran tak bleh , bleh beli yang terjemahan dalam bahasa melayu @ bahasa ingeris & pelbagai bahasa ada sekarang ..
aku pun bukanlah orang yang pandai @ arif @ alim .. masih belajar lagi ..
aku minta maaf bebanyak jika ada yang marah atau tersinggung dengan post aku ni ..
Share This
Mohd Haiqal Bin Ayop dari Klian Intan Perak dengan penuh kusyuk memberi perhatian dengan rancangan wonderpets ..
Anak sedara aku la ni .. baru 5 tahun , ayah si haiqal ni tak dapat datang sebab bekerja di lombong bijih timah d Rahman Hidrlic klian Intan . perjalanan dari Klian Intan ke umah aku di Kubor Panjang ni ambik masa lebih kurang 2 Jam ikut jalan short cut aa .. ikut lebuhraya bleh amik masa kat 4 jam gak .. harga bijih timah dipasaran sekitar klian intan sekarang ni hampir RM 400 / kg .. perghh lumayan tu ..
nak suruh makan punya la susah ..
buat muka marah la pulakk..
Share This
gambar ehsan : Kosmo! Online
diarang yang main aku plak dalam dilemma .. apa ketidaknya .. aku warga N9 , bini aku warga Kedah .. kena sokong yang mana ? .. salah satu kena menang @ kalah .. adat perlawanan .. hobin jang hobin .. kono monang gok .. hahaha .. kedah pon kena pulun .. pulun kedah pulun .. apa pun malam ni adalah penentuan di Stadium Nasional Bukit Jalil .
Share This
kalau nak g makan kat restauran atau kedai makan aa.. slalu aku tanya kat diri aku .. " kedai makanan halal ke ? " sebab bila g kedai / restauran tu , yang jadi pelayan/cashier/chef ade yang bukan Islam tapi ade logo Halal plak ..
dan sekarang logo halal banyak plak yang palsu , bleh beli @ buat kat mana je ..
dan ade juga peniaga bukan Islam meletakkan ayat2 Al-Quran , Kalimah Allah & Muhammad di premis2 mereka .. aku amat berharap PBT mengambil tindakan dengan peniaga macam ni ..
ni yang buat aku takut nak gi tempat makan yang tak biasa aku gi @ nak cuba tempat baru .. makan je aa apa yang ade @ gi kedai / restaurant yang aku biasa & sahih Ke 'Halal' annya ..
ni yang buat aku takut nak gi tempat makan yang tak biasa aku gi @ nak cuba tempat baru .. makan je aa apa yang ade @ gi kedai / restaurant yang aku biasa & sahih Ke 'Halal' annya ..
Share This
Mosti melaporkan kawasan sekitar alor setar akan hujan sehingga khamis depan .. maknanya 7 hari ni akan turun hujan setiap hari .. samaada petang ataupun malam tetap akan hujan .. rezeki bumi namanya tu.. rezeki untuk yang nak buat bendang , yang tanam sayur2an , buah2an & tanaman .. untuk yang ke laut kena berehat sementara , bahaya kepada perahu2 kecil .. termasuk la aku yang berniaga ni .. peniaga2 kecil2an tapi insyaallah setiap yang berusaha pasti akan ada rezeki untuk hamba2 Nya
Share This
dinner aku malam ni kat MyFc Pokok Sena 2 orang je pun dah RM 21.60 , bfast 2 orang RM7.00 , Lunch 2 orang RM12.00 , minyak Ron95 RM20.00 = -+RM60.00 perghhh maknanya kos aku 2 orang sehari je rm50 - rm60 .. belum lagi hp + sewa umah + installment kreta + stimix yg selow + astro xnpk ape bila hujan + life insurance + belanja balik kampung + bla bla ... = RM 4K /mth just to keep alive .. blom lagi nak cuti2 malaysia .. arghhhhhhhhhhh i need RM2k/mth MORE ..
Share This
gurauan di sekolah dengan kenkawan , cabul tu gurau ke ? .. ni kat dalam sekolah kat luar tak tau macamana lagi .. pihak skolah patut lebih peka dalam hal ni .. takan nak bukti sampai ada gurau terrrogol , terrrrbuang bayi plak .. aku tengok kat sini ade kelebihan untuk keselamatan pelajar pompuan juga bila sekolah mengasingkan pelajar lelaki & pompuan .. , juga bila pelajar pompuan menutup aurat mengikut landasan yang sepatutnya dan bukannya hanya menutup ikut mana yang patut je ..
sbb aku tengok pelajar / budak2 pompuan sekarang ni .. yang tertutup terrrbuka , yang labuh terrrpendek , yang tersorok terrrserrrlah , yang besar terrrsendattt , kecikk nampak terrrbesarrr .. bila tak nampak jadi terrrnampakkk .. tak tengok jadi terrrtengokkk .. untuk keselamatan pompuan juga .. bukan nak kena bungkus tak nampak ape .. tapi Lu Pikir La Sendiri ..
Sumber : MyMetro
Share This
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.
Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.
Ok je , takde masalah pon nak asingkan yang bukan muhrim ..
Sumber : HD
Share This
Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin
Satu contoh yang patut kita tengok & ikuti , beliau berjaya mendapat gelaran " Dr " dalam masa 2 tahun lebih pada usia 76 tahun .. seperti yang beliau percaya " Budaya Berilmu " menuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad ( ke akhir hayat la ) walaupun beliau dah berusia tapi itu tak menghalang beliau dari terus menambah ilmu lagi ..
Share This
mungkin nkorang pernah terjumpa cerita ni di web dia di http://www.mymki.com berbagai pendapat yang yang diluahkan dari tuan tanah Muzaffar Kaisar Ishak dan pelawat dari malaysia juga luar negara tentang pendirian beliau mengenai Anjing ... sebelum ni takde masuk paper pun tapi arini dah masuk KOSMO , SINAR ..
Share This
Kenduri kesyukuran di rumah cik tat & cik yam di Alor setar 26/03 acara memasak sebelah pagi .. doa selamat selepas solat jumaat sempena cik pinas dapat 5A ( anak cik tat & cik yam ) & cik dilla nak g PLKN 28/03 ni ..
Sup Ayam ni nak buat mee hon sup power !!
ni buka pintu bleh nampak bendang tepi umah depa( dierang )..
Jangan buka pintu terjun dalam sawah dah!!
Share This
Anak sedara @ kat sini panggil anak menakan aku bertunang ari ni 25/03/10 .. ari ni dari pagi sampai petang penuh jadual .. pagi anta ayang aku g meeting amanah ikhtiar .. lepas tu , urusan pengkebumian pak menakan plak selesai kol 1 tghari .. petang majlis bertunang anak menakan plak si mat arih ni .. yang dok di danglau , lubok merbau ..
weih jalan sekali la , napa berterabur je ni ..
amboii.. mak2 dara ni smua nak ngikut gak ..
amboii.. laksa kuah lemak ngan isi ikan banyak tu!! ..
eh zizan !!! hang kalau makan cepat je ..
kita bincang dulu macamana , berapa setuju .. hantarannya nanti
angpa setuju ka ? orang lelaki setuju ???
alhamdulillah sama2 setuju noo.. RM 5,544.00 + cincin sebentuk ..
banyak jugak hantarannya ..
meh tuk nak sarungkan cincin ni ..
yang mana satu yang dipinang ni .. hehehe ..
senyum ya semua , pembawa hantaran 5 dulang ..
hat kecik ni terlebih senyum ni ( fifi )
weih tepila , aku nak amik gambar ni .. sebuk je madi
Majlis selesai kol 6 ptg .. dengan hantaran yang di persetujui RM 5,544.00 dengan sebentuk cincin .. InsyaAllah akan dilangsungkan Nov 2010 ni .. Tahniah Mat Arih ..
Share This
streamyx memang kadang2 tu buat aku geram gak , lembab gila .. tapi apa kan daya tu je yang ada kat kawasan aku ni .. kemarin aku g TM setel bil streamyx .. nampak pakej baru BlockBuster Deals , kat aku baru aa sbb baru tau hahaha .. tengok tu ok gak untuk save bajet ..
mana kenkawan yang tak tau lagi tu bleh aa tgk ..
Share This
perghhh dah 3 hari aku sakit gigi ni .. baru ari ni kurang skit , nasib baik pakcik google tolong cari obat sakit gigi .. nasib baik nkorang tak banyak tanya , kalau tak , memang kena la ..
alhamdulillah ari ni tak rasa sakit sangat dah .. aku boh menda ni .. mesti nkorang tak pecaya
bunga cengkih
terima kasih kepada kitab en fazlisyam @ www.Fazlisyam.com yang banyak membantu









