Showing posts with label Lokasi Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Lokasi Sejarah. Show all posts
Air Terjun Jeram Toi
ni tempat aku masa kecik2 dulu aa .. dulu takda apa2 kemudahan apa pon .. tapi sekarang dah macam2 ada ..
Terletak di Hutan Simpang Berembun
Keluasan 3.4 ha
Merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa Bukit
Terletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang.
Tarikan utama : Air Terjun 4 tingkat (Sungai Batang Toi) dan Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk
Terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta
Lengkap dengan kemudahan tandas, surau, bilik persalinan serta ‘boardwalk’
Terdapat gerai-gerai makanan disediakan untuk peniaga meniaga.
Terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta papan lungsur bagi kanak-kanak.
Aktiviti yang disediakan selain mandi-manda ialah berkelah , trekking , berkhemah , penyelidikan dan sight-seeing.

DARAT

Terdapat 3 laluan utama untuk ke Daerah Jelebu:
  • Seremban - Kuala Klawang
  • Jempol - Simpang Pertang
  • Genting Peras – Titi

Seremban – Air Terjun Jeram Toi
Melalui jalan yang dikenali sebagai Bukit Tangga sekiranya dari Bandar Seremban dan akan melalui perkampungan Melayu tradisional di kiri kanan jalan sepanjang laluan ke  Air Terjun Jeram Toi dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja .

Jempol – Simpang Pertang
Sekiranya dari daerah Jempol, pengunjung boleh menggunakan jalan Simpang Pertang melalui jalan Bukit Petasih ke pekan Kuala Klawang untuk ke Jeram Toi dan  hanya mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan.

Genting Peras – Titi
Satu lagi jalan alternatif yang digunakan sekiranya pengunjung datang dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk ke Pekan Kuala Klawang akan menyaksikan pemandangan yang menarik dengan kehijauan bukit bukau untuk terus ke Jeram Toi .

JeramToi

JeramToi

JeramToi

JeramToi

JeramToi

JeramToi
Share This
Gunung Jerai , Kedah .
Gunung Jerai ( juga dikenali sebagai Puncak Kedah ) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan.  Mempunyai ketinggian 1,217 meter dari aras laut .
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan .

Untuk kesana samaada :
  • Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan , memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sejauh 11 km. Ada sebuah hotel kecil di sana. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
  • Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
  • Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui jalan trak lama.
Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang. Sejak tahun1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai berusia 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan kerana kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio . 

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Share This
Asal nama Baling , Kedah .
Daerah Baling, di pendalaman negeri Kedah, terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siung. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menorah getah. Bandar ibu daerah ini juga bernama Baling. Ada berbagai cerita tentang kemunculan nama baling : 
  1. termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiung, raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa. Raja Bersiung gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Baginda melarikan diri setelah kegemarannya yang menjijikkan itu diketahui rakyat. Ketika Raja Bersiung lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi taring atau siungnya. Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, baginda mengambil keputusan untuk mencabut siungnya itu. Namun siung itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. Sudah beberapa kali baginda menjerit kesakitan ketika cuba untuk mencabutnya. Apabila siungnya itu akhirnya berjaya dicabut baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. Tempat siung itu jatuh dinamakan ‘Baling’.
  2. Dalam cerita kedua, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Nyanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira dua ratus tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka Ban-Lin yang bererti ‘kera’. Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi ‘Baling’.
Share This
Sejarah Awal Alor Setar



Alor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh seorang Raja Melayu iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II dalam tahun (1710-1778). Baginda merupakan raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 – 1174. Pada awalnya, Alor Setar Cuma sebuah kampung dengan beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai.

Apabila Sultan Mohamad Jiwa menjumpai kampung itu, baginda begitu tertarik dengannya – mungkin kerana tempat itu dikelilingi oleh pohon-pohon pokok yang tebal lagi menghijau dan merupakan pusat dimana dua batang sungai bertemu.Maka, “Adapun Duli Yang Dipertuan bermuafakat dengan segala menteri-menteri membuat sebuah kota batu, bernama Kota Setar” Secara tidak langsung kampung itu digelar Kota Setar.

Baginda menamakannya Setar sempena dengan jenis pokok-pokok yang disekitar kota iaitu dikenali sebagai ‘Stak Tree’ jadi pada masa itu nama Alor Setar belum muncul lagi – ia dikenali sebagai Kota Setar.

Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II terus bersemayan di istana Kota Setar dan banginda menjadikannya sebagai Bandar diraja Negeri Kedah. Kota Setar mula berkembang setelah dijumpai oleh seorang Inggeris kira-kira lebih 150 tahun selepas kampung itu diasaskan. Dalam bulan Oktober, 1883, James F. Agustin tiba di kuala sungai Kedah (sekarang dipanggil Kuala Kedah) kira-kira 10 km dari Kota Setar. Beliau dengan beberapa orang Inggeris lain telah mejelajah kawasan itu hingga ke pendalaman. Disamping, dua batang sungai tersebut kelihatan kelompok petempatan kecil orang-orang Melayu.

Akhirnya Augustin dan orang-orangnya pun tiba di Kampung Kota Setar. Beliau telah berkawan dengan orang-orang Melayu disitu dan mereka telah membawa ke istana batu Sultan Muhammad Jiwa. Augustin begitu tertarik hati dengan keadaan persekitaran istana yang dikelilingi dengan pokok-pokok “Stak” dan beliau lebih terpesona dengan keindahan kota mahligai Sultan. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II menerima Augustin dengan baik dan kedua-dua pihak itu telah bertukar-tukar barang.

Dari sinilah bermulanya perniagaan bertukar barangan dan perdagangan diantara orang-orang tempatan dengan pedagang-pedangan asing. Pada awal kurun ke-19, ramai pedagang asing seperti pedangang Inggeris, India, China dan Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk berdagang. Kota Setar telah berkembang dari sebuah kampung kepada pekan yang sibuk dan akhirnya menjadi sebuah Bandar yang merupakan pusat penempatan, perdagangan dan pentabiran. Orang-orang Inggeris khususnya, amat berminat kepada Bandar Kota Setar (masa itu Alor Setar dikenali dengan Kota Setar).

Dengan itu, segala perniagaan, pengangkutan dan perhubungan di Kedah berpusat di Kota Setar. Lama- kelamaan nama Kota Setar ditukar kepada Alor Setar. Ini disebabkan Bandar itu terletak dekat muara sungai dan selalu terdapat ramai pedagang Melayu dari lain-lain Negeri Melayu bersinggah disitu. Sebaliknya, Kota Setar telah menjadi nama kepada kawasan atau daerah yang sekitar Alor Setar.

Kota Setar dijadikan sebagai sebuah daerah di Kedah yang dipenuhi dengan sawah padi dan mula berkembang pesat terutama sekali dengan adanya pusat perdagangannya iaitu Alor Setar. Demikianlah sejarah awal mengenai pembukaan Alor Setar yang bermula dalam tahun 1720-an. Mengikut En. Ismail Bin Hj. Salleh (Setiausah Kehormat Persatuan Sejarah cawangan Kedah), Alor Setar merupakan satu Bandar yang istimewa dalam erti kata bahawa ia cepat mengalami pembangunan yang pesat walaupun ia merupakan Bandar kecil, disamping masih dapat mengekalkan ciri-ciri warisan budaya asing dalam pembangunannya khususnya bangunan-bangunan yang moden binaannya tetapi mempunyai ukiran yang cukup berseni dan bercorak asli.

Alor Setar adalah sebuah Ibu Negeri yang tertua sekali di negara ini. “ Bandar ini telah menjadi Ibu Negeri selama lebih kurang 250 tahun . Dari zaman ia diasaskan hingga zaman kini, Alor Setar masih tetap menjadi Ibu Negeri Kedah.
Share This
Pekan Langgar
Pekan Langgar di Alor Setar Kedah ..
Pekan Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701. Komplek makam ini telah menempatkan ramai kerabat diraja kedah termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu perdana menteri Malaysia pertama.
Pekan Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulama yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.
Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Pesantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera.
Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah;
1 - Pondok Tuan Haji Mohammad Nor (lebih dikenali sebagai Pondok Tasak)
2 - Pondok Tuan Haji Ahmad Tua
3 - Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut
4 - Pondok Sheikh Abdullah Mesir
Penduduknya terdiri dari berbilang kaum dengan 99% adalah berketurunan Melayu Islam.
Share This
Asal nama Pokok Sena , Kedah
Daerah Pokok Sena berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena  atau nama saintifiknya  “PTEROCARBUS INDICUS”. Sejarah awal Daerah Pokok Sena dikesan melalui kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulamak berasal dari Pattani, Thailand, sekitar awal tahun 1920 an.Telah diceritakan bahawa rombongan Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad telah menyusuri Sungai Nawa sehingga tiba di satu tempat di mana terdapat sepohon Pokok Sena yang besar. Tuan Guru kemudiannya membangunkan tempat tersebut sebagai kawasan penempatan dan mendirikan sebuah sekolah pondok untuk mengajar ilmu agama kepada penduduk sekitaran. Pada waktu itu, sungai merupakan alat perhubungan utama.

Pekan Pokok Sena terus berkembang dan muncul sebagai pengkalan persinggahan perahu dan tongkang yang mengangkut hasil dagangan dan barangan keperluan harian. Sebuah balai polis dibina untuk mengawal ketenteraman awam dan sebagai tempat memasung orang salah. Lokasi ini sekarang di kenali sebagai Kampung Pokok Sena Lama. Pembinaan infrastruktur jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang telah mendorong Pekan Pokok Sena berpindah dari lokasi sekarang di Kampung Pokok Sena Lama ke kawasan sekitaran balai polis sediaada. 8 ranting dari pohon Pokok Sena  yang  asal telah di tanam di sepanjang jalan dari Kampung Aman sekarang ini hingga ke hadapan Sekolah Kebangsaan Gajah Mati. Pohon Pokok Sena yang terakhir di hadapan Balai Polis Pokok Sena telah ditebang pada pertengahan tahun 2006 untuk memberi laluan pembinaan lampu isyarat Pekan Pokok Sena.

Sebagai mengenang jasa peneroka Allahyarham Tuan Guru Haji Wan Abdul  Samad, Sekolah Kebangsaan Gajah Mati telah dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Wan Abdul   Samad pada 26 Mei 1983.
Share This
Masjid Kuala Dulang
Masjid Kuala Dulang , Jelebu , Negeri Sembilan .

Masjid Kuala Dulang

Terletak di Kg. Peninjau iaitu kira-kira 0.5 km dari pekan Kuala Klawang. Ia merupakan masjid tertua di daerah Jelebu dan diasaskan oleh Dato' Nika dan Mudim Khatib Raja pada awal abad ke-16. Mereka merupakan orang muslim dari Minangkabau.
Pada asalnya masjid ini telah dibina tanpa menggunakan paku. Masjid ini mendapat namanya daripada satu peristiwa aneh yang berlaku di masjid ini. Dipercayai pada satu ketika dahulu terdapat sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan yang cukup untuk semua jemaah.
Siapa yang menyediakan makanan tersebut tidak diketahui dan peristiwa tersebut berterusan sehinggalah dulang aneh itu ghaib secara tiba-tiba. Pada hari ini, masjid ini masih lagi digunakan dengan aktif. Walaupun beberapa perubahan telah dilakukan terhadap masjid ini, keaslian struktur asalnya masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini.

Masjid Kuala Dulang

Masjid Kuala Dulang

ataupun kisah yang lebih awal yang diriwayatkan iaitu :

Batin Lambung Setia Raja ialah seorang Pawang Besar yang berasal dari Pahang, Syah Alam Raja Sehari pula ialah seorang tukang tilik yang handal berasal dari Pagar Ruyung, Minangkabau. Keduanya sama-sama mengembara untuk membuka negeri. Setelah jauh mereka berjalan, secara kebetulan mereka bertemu di suatu tempat bernama Bukit Buaiyan. Keduanya berhenti di situ untuk berehat.

Setelah bertegur sapa dan berkenalan masing-masing cuba menunjukkan kehandalan. Batin lambung Setia Raja membaca jampi menteranya dan sebaik sahaja jampi menteranya habis dibaca, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya hingga membasahi pakaian Syah Alam Raja Sehari. Syah Alam tersenyum lalu membuka ilmu tiliknya. Tiba-tiba hujan yang turun dengan lebatnya itu berhenti dan matahari memancar terik sehingga berupaya mengeringkan pakaiannya.

" Nampaknya kita memiliki ilmu yang sama handalnya. Oleh sebab itu, hamba fikir lebih baik kita berdamai sahaja," kata Syah Raja Sehari.

" Benar kata tuan hamba. Tidak ada faedahnya kalau kita berkelahi. Lagipun tujuan kita datang ke sini untuk membuka negeri, bukannya untuk berperang," balas Batin Lambung Setia Raja pula.

" Hamba hanya boleh membuka negeri apabila terjumpa sedulang nasi. Begitulah pesan ayahanda hamba," kata Syah Alam Raja Sehari.

" Ayahanda hamba juga berpesan begitu. Hamba akan terus berjalan mencari tempat yang ada sedulang nasi," balas Batin lambung Setia Raja.

Mendengarkan itu, Syah Alam Raja Sehari berasa marah. Kedua-duanya mula bertengkar kerana masing-masing menyangka dipermainkan. Pertengkaran mereka semakin hebat sehingga hampir mencetuskan perkelahian.

Tiba-tiba mereka terdengar suara perempuan sedang menyanyi menyebabkan pertengkaran itu terhenti. Mereka begitu terpesona mendengar kemerduan si penyanyi itu.

Batin lambung Setia bersuara, " Hamba fikir elok kita cari dari mana datangnya suara perempuan itu. Hantukah dia atau manusia?".

Syah Alam Raja Sehari mengangguk-ngangguk seraya melirik senyuman. Kemudian dia menokok. " kalau dia manusia kita jadikan isteri tapi kalau hantu atau jembalang biar hamba yang menghalaunya dari sini."

" Mari kita gunakan kepandaian masing-masing," cadang Batin lambung Setia Raja.

" Biar hamba dulu," kata Syah Alam Raja Sehari lalu menggunakan ilmu tiliknya. " Hmm…Perempuan itu berada dalam rumpun buluh di lembah sana."

" Ayuh mari kita sama-sama mencarinya," balas Batin Lambung Setia Raja.

Batin Lambung Setia Raja dan Syah Alam Raja Sehari sama-sama turun ke lembah itu. Di situ mereka dapati ada serumpun buluh dan suara perempuan itu memang datang dari dalam rumpun buluh itu.

" Baik kita tebang dahulu buluh-buluh itu. Mungkin perempuan itu sedang bersembunyi di dalamnya," cadang Syah Alam Raja Sehari.

" Elok juga cadangan tuan hamba itu," balas Batin Lambung Setia Raja.

Lalu keduanya menebang pokok-pokok buluh itu. Sebaik sahaja habis buluh-buluh itu ditebang, mereka terlihat seorang perempuan sedang duduk bersila di tengah-tengah bekas rumpun buluh itu. Dan di hadapan perempuan itu terdapat sedulang nasi. Batin Lambung Setia Raja dan Syah Alam Raja Sehari berpandangan.

" Siapakah kamu wahai peremluan muda?. Adakah kamu ini manusia seperti kami atau dewa-dewa?" tanya Batin Lambung Setia Raja.

" Hamba adalah manusia seperti kamu. Ayahanda hamba yang menyuruh hamba datang ke sini membawa sedulang nasi," jawab perempuan muda itu.

Kemudian perempuan itu menoleh lalu terlihatlah oleh mereka wajah perempuan itu yang cantik bak purnama sedang mengambang penuh.

Batin Lambung Setia Raja dan Syah Alam Raja Sehari sangat terpikat dengan kecantikan paras rupa perempuan itu. Sekali lagi mereka bertengkar kerana masing-masing ingin menjadikannya isteri.

" Hamba yang sepatutnya memiliki perempuan itu kerana hamba yang meniliknya. Kalau tidak hamba yang meniliknya kita tidak tahu di mana perempuan itu bersembunyi," tegas Syah Alam Raja Sehari.

‘ Tidak! Hambalah yang wajar memilikinya kerana ilmu pawang hambalah yang dapat menghalau hantu yang menjadi penunggu rumpun buluh ini," pintas Batin Lambung Setia Raja pula.

Masing-masing tidak mahu mengaku kalah lalu mula berkelahi. Melihat keadaan itu maka perempuan itupun berkata:

" Dengar dulu kata-kata hamba. Tuan berdua jangan berkelahi kerana sebenarnya kita ini adik-beradik. Kamu berdua tidak boleh mengahwini hamba," kata perempuan itu.

Kedua dua lelaki itu tercengang dan saling berpandangan. " Siapakah kamu ini?" tanya kedua-dua lelaki itu hampir serentak.

" Nama beta Puteri Bongsu, Puteri raja berdarah putih, bertekak hitam dan berbulu roma songsang. Saudara beta ialah Datuk Hulubalang Misai Beruban dan Datuk Hitam," jawab perempuan itu.

Mendengar kata-kata perempuan itu barulah masing-masing sedar mereka adik beradik.

Sebenarnya mereka bertiga telah dipisahkan oleh ayah mereka semasa mereka masih kecil. Abang yang tua dibawa ke Pagar Ruyung untuk menuntut ilmu pawang. Adiknya yang tengah dihantar ke Pahang untuk mempelajari ilmu tilik manakala adik perempuan yang bongsu disuruh menunggu kepulangan abang-abangnya dengan membawa sedulang nasi.

" Rupa-rupanya kita bertiga adik beradik. Oleh sebab itu kita tidak boleh berkahwin ataupun berkelahi. Kita sepatutnya bersyukur kerana pertemuan ini," kata Syah Alam Raja Sehari.

" Benar seperti kata kekanda kita yang tua itu. Kalau kita berkelahi kelak akan disesali oleh anak cucu kita," kata Puteri Bongsu.

" Jadi apa yang patut kita buat?" tanya Batin Lambung Setia Raja.

" Kita buka negeri di sini dan buatkan tempat kediaman kita," kata Puteri Bongsu.

Lalu mereka bertiga pun membuka negeri dan membuat sebuah istana sebagai tempat kediaman. Tempat itu mereka namakan nasi sedulang. Tetapi akhirnya bertukar menjadi " Kuala Dulang". Tidak lama kemudian Puteri Bongsu berkahwin dengan seorang pemuda pilihannya dan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan. Mereka ialah Moyang Angut dan Moyang Angsa yang menjadi pengasas Jelebu.

Semakin hari semakin ramai orang Minangkabau datang ke Kuala Dulang. Orang-orang Minangkabau itu kemudiannya telah mendirikan sebuah masjid di tepi Sungai Teriang dan masjid itu dinamakan " Masjid Kuala Dulang". Tidak jauh dari masjid itu terdapat sebuah lagi sungai bernama Sungai Lumut. 

p/s : aku dapat artikel ni dari blog yg lama dah tak dikemaskini & terbiar , so aku bawa kesini , takut cerita ni hilang tanpa salinan .. lama gak aku mencari cerita ttg tempat ni
Share This
Asal nama Jelebu , Negeri Sembilan .
Ke Jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga serangkai
Siapa kena kemat Jelebu
Kalau tak mati badai mengasai.

Suatu masa dahulu pantun empat kerat itu amat popular di kalangan orang-orang tua di Negeri Sembilan khususnya di Jelebu kerana ia menggambarkan betapa pandainya orang Jelebu memikat sesiapa yang berkenan di hatinya sehingga orang yang kena pikat itu tidak boleh melupakanya hingga ke akhir hayat.

Yang lucunya ada ibu bapa di luar kawasan Jelebu merasa takut kalau anak lelaki mereka pergi ke Jelebu kerana takut terkena "kemat Jelebu" tetapi kini pantun itu cuma menjadi senda gurauan anak-anak muda sahaja. Jelebu merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Pahang. Ia terdiri dari lapan mukim iaitu Kuala Klawang,Hulu Klawang Klawang,Hulu Teriang,Kenaboi,Pertang, Peradong, Teriang Hilir dan Gelam Lemi.

Mengikut ceritanya, nama Jelebu berasal dari dua kisah yang diceritakan secara lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini. Kisah pertama, pada suatu hari, Tok Batin Jelbu iaitu ketua suku kaum asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut, sedang berkerja di ladangnya. Setelah berasa penat dia mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu yang mereka tanam tumbuh dengan suburnya. Apabila hari menjelang petang isterinya mengajak Tok Jelbu pulang ke rumah. Tetapi kata Tok Jelbu dia hendak mandi dahulu di Sungai Lumut.

" Kau baliklah dulu untuk sediakan makan malam kita," pesan Tok Jelbu kepada isterinya.

" Baiklah, bang. Tapi elok kalau abang berhati-hati mandi di sungai sebab airnya dalam. Cepat balaik ke rumah, ye bang…" balas isterinya sambil berjalan pulang.

Maka Tok batin Jelbu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung menyabung. Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu pun pasang. Tok Batin Jelbu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu.

Isteri Tok Batin Jelbu berasa risau kerana suaminya masih belum pulang ke rumah. Tambahan pula ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Sebaik sahaja hujan reda maka isteri Tok Batin Jelbu segera pergi ke Sungai Lumut untuk mencari suaminya. Namun setelah puas dicari dan dipanggil namanya, Tok Batin Jelbu seolah telah hilang ghaib secara tiba-tiba.

Berita hilangnya Tok Batin Jelbu cepat merebak di kalangan orang-orang asli di kawasan tersebut dan mereka keluar beramai-ramai untuk mencari namun tidak berjaya ditemui. Akhirnya mereka yakin bahawa Tok Batin Jelbu mati lemas di Sungai Lumut dan mayatnya dibawa arus entah kemana. Dan Sebagai mengenang nama Tok Batin Jelbu maka tempat itu dinamakan Jelbu tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.

Kisah kedua pula ada kaitan dengan nama buah labu. Setelah Tok Batin Jelbu mati maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah. Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat itu "Jalar Labu" tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.

Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang-orang Minangkabau. Namun pada mulanya Jelebu didiami oleh kaum asli Jakun dari Suku Biduanda. Mereka merupakan penduduk asal Jelebu dan suku Biduanda masih ada hingga ke hari ini.

Kisah bermula apabila Batin Terjali iaitu anak Maharaja Alif yang memerintah kerajaan Pagar Ruyung Minangkabau, keluar mengembara untuk mencari pengalaman dan meluaskan pemerintahan ayah baginda. Setelah lama berjalan menyeberang laut dan sungai akhirnya Batin Terjali dan orang-orangnya sampai di Bukit Kundang Kundik di Jelebu. Kedatangan mereka disambut baik oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.

Semasa berada di Jelebu, Puteri Embong Sari iaitu isteri Batin Terjali melahirkan seorang anak lelaki lalu diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari. Dan sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembaraannya, Batin Terjali meninggalkan putera baginda kepada ketua suku orang asli Jelebu dengan pesanan bila puteranya sudah besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu. Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan patuh dengan apa yang telah diperintahkan.

Adapun Batin Terjali terus mengembara untuk membuka negeri dan di setiap tempat yang disinggahinya baginda akan meninggalkan seorang putera kepada ketua suku kaum asli di situ dengan pesanan bila putera itu sudah dewasa kelak hendaklah di jadikan penghulu di tempat itu.

Kesemua Ketua kaum asli itu menepati janji mereka. Apabila putera Batin Terjali sudah besar maka dilantik menjadi Penghulu. Dengan ini wujudlah pemerintahan dari putera-putera Batin Terjali. Datok Niko Menteri Shah Mangku Alam Raja Sehari menjadi penghulu di Jelebu, Datok Kelana Putera Penghulu di Sungai Ujung dan Datok Johan Pahlawan Lela Perkasa di Johol. Hubungan antara mereka terus terjalin dan daerah itu akhirnya menjadi tumpuan orang-orang Minangkabau.

Walaupun begitu, dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu, orang pertama dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian Datok Mentunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.

Datok Moyang Salleh merupakan Datuk Undang Luak Jelebu yang pertama dengan memakai gelaran Datok Mendelika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Gelaran itu dikurniakan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil semasa berlakunya peristiwa memutus tali ke Johor. Walau bagaimana pun Datok Moyang Salleh tidak melantik dirinya sebagai Sultan Jelebu dan beliau hanya menjadi Undang Luak Jelebu sahaja.

Pada mulanya Jelebu berada di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Melaka tetapi apabila Sultan Melaka berpindah ke Johor maka taat setia orang Jelebu beralih ke Johor. Cuma setelah berlakunya peristiwa "MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR" barulah Jelebu bebas dari kekuasaan Sultan Johor.

Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan.

Jelebu juga sering di kunjungi para pelancung dari dalam dan luar negeri kerana keunikannya. Untuk sampai ke Jelebu terpaksa mendaki Bukit Tangga yang mempunyai 48 keluk. Dan antara tempat yang menjadi tumpuan pelancung di Jelebu ialah Jeram Toi, Jeram Gading, Latar Kijang, Masjid Kuala Dulang dan Makam Datok Moyang Salleh.

p/s : aku dapat artikel ni dari blog yg lama dah tak dikemaskini & terbiar , so aku bawa kesini , takut cerita ni hilang tanpa salinan .. 
Share This
Pendang , Kedah .
aku nak share skit info tentang Pendang ni ..

Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.
Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.
Share This
Kubur Panjang
Photobucket

Tanah Perkuburan Islam , Kubur Panjang .. pernah lalu disini tanah perkuburan islam mungkin besa lalu tapi Kubur Panjang hanya ada satu je di Pendang Kedah . satu sejarah yang mengatakan terdapat satu kubur yang boleh berubah saiz nya menjadi panjang dan terus dinamakan tempat ini Kubur Panjang .

Photobucket
Share This
Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's