gambar ehsan : Kosmo! Online
diarang yang main aku plak dalam dilemma .. apa ketidaknya .. aku warga N9 , bini aku warga Kedah .. kena sokong yang mana ? .. salah satu kena menang @ kalah .. adat perlawanan .. hobin jang hobin .. kono monang gok .. hahaha .. kedah pon kena pulun .. pulun kedah pulun .. apa pun malam ni adalah penentuan di Stadium Nasional Bukit Jalil .
Share This
salam semua pengunjung blog Aku Ringgo & terima kasih kerna sudi meluangkan masa kesini .. aku nak minta jasa baik & kemurahan hati sahabat semua jika ada kelapangan kewangan @ berhajat untuk membuat sumbangan / infaq sekali @ setiap bulan kepada yang memerlukan .. tak perlu banyak , sekadar termampu dari pendapatan @ gaji kita pada bulan ni .. RM1 @ RM5 @ RM10 @ RM100 @ RM1,000 @ RM10,000 .. kat sini ada 2 tempat yang ada no akaun bank & boleh sumbang secara online @ ATM @ terus ke kaunter
Pondok Tuan Guru Haji Saad Mogoi
@
Kg Bukit Jalan Naka 06400 Pokok Sena Kedah
Dalam proses untuk pembinaan bangunan Pusat Tahfiz & Taska
Sumbangan ke akuan Bank Muamalat 0201-0001393-71-7
AJK Madrasah Ehya Ulumiddin Haji Saad Mogoi
Hubungi Ustaz Md Yusof Bin Ahmad Dali
019-440 9948
@ juga ke Yayasan Al-Ijabah
jika tidak boleh bulan ini , InsyaAllah bulan depan boleh juga ..
" Dan belanjakan harta bendamu pada jalan Allah dan janganlah kamu campakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, berbuatlah kebaikan kerana Allah amat menyayangi orang-orang yang berbuat kebaikan." Al-Baqarah ( 195 )
" Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul - Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka ke jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. " Al- Hujurat ( 15 ).
InsyaAllah ..
Share This
kalau nak g makan kat restauran atau kedai makan aa.. slalu aku tanya kat diri aku .. " kedai makanan halal ke ? " sebab bila g kedai / restauran tu , yang jadi pelayan/cashier/chef ade yang bukan Islam tapi ade logo Halal plak ..
dan sekarang logo halal banyak plak yang palsu , bleh beli @ buat kat mana je ..
dan ade juga peniaga bukan Islam meletakkan ayat2 Al-Quran , Kalimah Allah & Muhammad di premis2 mereka .. aku amat berharap PBT mengambil tindakan dengan peniaga macam ni ..
ni yang buat aku takut nak gi tempat makan yang tak biasa aku gi @ nak cuba tempat baru .. makan je aa apa yang ade @ gi kedai / restaurant yang aku biasa & sahih Ke 'Halal' annya ..
ni yang buat aku takut nak gi tempat makan yang tak biasa aku gi @ nak cuba tempat baru .. makan je aa apa yang ade @ gi kedai / restaurant yang aku biasa & sahih Ke 'Halal' annya ..
Share This
apa status virus H1N1 ni negara kita ni .. Masih lagi tidak dapat di bendung lagi ke .. sebab sekarang masih banyak lagi kes2 mengenai virus ni , banyak sekolah yang ditutup sementara , Allahyarham Din Beramboi juga dijangkiti sehingga membawa maut , 2 kes di melaka juga membawa maut , kes di taiping baru dimasukkan ke hospital ..
nampak macam tiada tindakan pemulihan atau pembersihan virus ni .. virus ni ada di seluruh negara kita .. sentiasa ada berita tentang selsema babi @ H1N1 dan juga denggi yang membawa maut ..
Share This
We're not moving!
GOVERNMENT THREATENS TO FINE AND JAIL PROTESTERS
WHO STAY
WHO STAY
Share This
Layan SMS sambil rilek kat umah ke , sambil minum petang , sambil tengok tv ke , lepas makan ke , lepas mandi ke , sambil baring2 ke .. tak pe aa , tak membahayakan diri seniri ataupun orang laen ..
Jangan la layan SMS sambil bawa moto , sambil pandu kereta , pandu teksi , pandu bas .. memang membahayakan diri seniri dan orang laen .. ni akibatnya bila memandu sambil layan SMS ..
menyebabkan 2 orang parah dan seorang mati ..
Sumber dari : hmetrro
Share This
Mosti melaporkan kawasan sekitar alor setar akan hujan sehingga khamis depan .. maknanya 7 hari ni akan turun hujan setiap hari .. samaada petang ataupun malam tetap akan hujan .. rezeki bumi namanya tu.. rezeki untuk yang nak buat bendang , yang tanam sayur2an , buah2an & tanaman .. untuk yang ke laut kena berehat sementara , bahaya kepada perahu2 kecil .. termasuk la aku yang berniaga ni .. peniaga2 kecil2an tapi insyaallah setiap yang berusaha pasti akan ada rezeki untuk hamba2 Nya
Share This
Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam. Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat . Al-Fatihah
Share This
Akhirnya hari ini Sultan Pahang menjatuhkan hukuman kepada Kartika Sari Dewi Shukarnor dengan membatalkan hukuman sebat keatasnya dan mengantikannya dengan hukuman kerja sosial selama sebulan .. dapatkan berita lanjut di akhbar harian esok ..









