Ustaz Hassan Shukri

Perginya seorang pejuang rakyat . Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman , amin . Al-Fatihah .

Share This
Amr Moussa Melawat Genting Gaza

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa semalam menggesa supaya sekatan selama empat tahun yang dikuatkuasakan Israel ke atas Genting Gaza, Palestin ditamatkan. Beliau membuat desakan itu semasa melawat wilayah Palestin berkenaan yang daif akibat sekatan rejim Zionis. Kunjungan pertama Amr berlangsung ketika memuncaknya desakan agar lintasan-lintasan sempadan ke Gaza dibuka semula setelah pasukan komando Israel membunuh sembilan sukarelawan apabila mereka menyerbu kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin itu pada 31 Mei lalu.


"Sekatan itu mesti ditamatkan dan pendirian Liga Arab mengenai isu ini adalah jelas," kata Amr selepas beliau disambut oleh pegawai-pegawai daripada beberapa kumpulan pejuang Palestin di lintasan sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir. "Bukan sahaja bangsa Arab, tetapi seluruh dunia perlu bangkit bersama dengan penduduk Palestin untuk menentang kepungan ke atas Gaza," katanya. Pembantu Musa, Hisham Yussef memberitahu, lawatan 10 jam itu bertujuan untuk menyatakan sokongan dunia Arab kepada warga Palestin di samping menggesa agar usaha untuk menyatukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di Palestin dipertingkatkan.


Bercakap kepada wartawan di lintasan Rafah, Amr mengulangi seruan supaya kumpulan Fatah dan Hamas berusaha menyelesaikan jurang perbezaan mereka serta menuju ke arah perdamaian. "Penyatuan adalah persoalan yang menjadi teras dan dasar. Ia memerlukan daya usaha dan bukan sekadar melibatkan tandatangan pada perjanjian semata-mata. Ia merupakan dasar yang perlu diterjemahkan melalui persetujuan berhubung semua isu," katanya. Sejumlah 1.5 juta penduduk Gaza yang ditadbir kumpulan Hamas berada di bawah sekatan Israel-Mesir yang dilaksanakan ke atas wilayah berkenaan sejak Jun 2006 setelah kumpulan pejuang Palestin menawan seorang askar Israel, Koperal Gilad Shalit dalam satu serbuan melintasi sempadan.


Sumber : Kosmo! , Online .

*** Setelah hampir hancur bumi Palestin dikerjakan zionis .. kalau bukan umat Islam yang akan membantu saudara sesama Islam siapa lagi .. marilah kita bersama sama berjuang menentang kezaliman zionis ini dengan kemampuan yang kita ada .. kalau seluruh dunia umat Islam kita bersatu .. tiada yang akan tertindas ..
Share This
90 Sebatan & 4 Bulan Penjara kerana bercium

Sebuah mahkamah di sini ( Riyadh ) semalam menjatuhkan hukuman 90 sebatan dan empat bulan penjara terhadap seorang lelaki yang ditangkap kerana mencium seorang wanita di sebuah pusat beli-belah. Akhbar milik kerajaan , Al-Yom melaporkan , polis pencegah maksiat menangkap lelaki itu dan dua wanita selepas melihat perbuatan tidak bermoral mereka menerusi televisyen litar tertutup. Menurut laporan, lelaki berusia 20-an itu dilihat memeluk dan bercium dengan seorang wanita . Bagaimanapun , sehingga ini , tidak jelas apa yang dilakukan oleh seorang lagi wanita yang turut diberkas dalam kejadian itu. Kedua-dua wanita terbabit masih belum dibicarakan
Sumber  :  myMetro ,  Al-Youm .

*** Malaysia negara Islam ke ??? Malaysia melaksanakan undang2 Islam atau Undang2 Reid ..
Share This
Nelayan jadikan anak hamba seks lebih 12 tahun

Jose Agostinho Pereira , 54 .

Seorang lelaki di perkampungan nelayan terpencil di Brazil mengurung anak perempuannya untuk dijadikan pemuas nafsu selama 12 tahun. Kata polis, sepanjang mangsa ditahan, wanita itu melahirkan tujuh anak. Pegawai penyiasat, Jair Lima de Paiva, berkata lelaki terbabit, Jose Agostinho Pereira, 54, turut mendera seorang daripada anak yang dilahirkan itu. Katanya, anak perempuan yang dijadikan pemuas nafsu Pereira - kini berusia 28 tahun - dikurung dalam rumah buruk dua bilik mereka di Experimento, timur laut Brazil.


Kediaman Jose Agostinho Pereira .

“Rumah itu terpencil dan hanya boleh dikunjungi jika menaiki sampan,” katanya. Selepas diselamatkan, semua budak yang ada di situ dipercayai mengalami kekurangan zat dan amat sukar berkomunikasi dengan orang lain. Kebanyakan mereka, kata de Paiva, tiada pakaian. “Pereira mula mengurung anaknya selepas ditinggal isteri pada 1998,” katanya.


Disebabkan tiada sebarang dokumentasi, polis percaya anak luar nikah yang dilahirkan itu berusia di antara dua bulan dan 12 tahun. Pereira ditahan di penjara Pinheiro di negeri Maranhao sejak Selasa lalu tetapi belum ada pendakwaan dikenakan ke atasnya. Mengikut undang-undang Brazil, pendakwaan hanya dibuat selepas polis melengkapkan siasatan ke atas suspek. - AP

Sumber :  myMetro , Metro.uk 

*** binatang pon tak macam ni ..


Share This
Israel dibenarkan membunuh , Iran disekat habis2habisan

Duta Turki ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ertugrul Apakan mengangkat tangan mengundi menentang resolusi bagi mengenakan sekatan baru ke atas Iran

Kuasa-kuasa dunia semalam meluluskan sekatan baru ketenteraan dan kewangan ke atas Iran bertujuan menyekat program nuklearnya, namun menegaskan bahawa pintu perbincangan masih terbuka. Draf resolusi yang disediakan Amerika Syarikat (AS) itu, mendapat 12 undi sokongan daripada 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan Lebanon berkecuali sementara Brazil dan Turki menentangnya. Walaupun mendapat sokongan AS, Britain dan Perancis yang sama-sama menaja resolusi itu, keputusan itu mendapat reaksi marah dari Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.
"Resolusi ini tidak mempunyai nilai walaupun sesen kepada Iran," tegas beliau yang sebelum ini mengugut untuk menunda rundingan dengan enam kuasa dunia jika sekatan dikenakan. Dalam ulasan kepada agensi berita ISNA di Tajikistan, Ahmadinejad menyatakan bahawa resolusi yang diluluskan kuasa dunia itu sama seperti sapu tangan yang perlu dibuang ke dalam tong sampah. Presiden Barack Obama berkata, Iran kini berhadapan dengan rejim sekatan yang 'paling ketat' dalam komitmen masyarakat antarabangsa untuk menyekat senjata nuklear, namun beliau pada masa yang sama menawarkan pintu diplomasi terhadap Teheran.

Israel yang merupakan musuh ketat Iran menyambut baik sekatan itu, namun mahu lebih banyak tindakan dikenakan, sementara Menteri-Menteri Luar Britain, China, Perancis, Rusia, AS dan Jerman menegaskan pendekatan dua hala masih digunakan. China dan Rusia menyokong sekatan itu selepas berbulan-bulan 'melembutkan' draf resolusi itu bagi melindungi kepentingan tenaga dan ekonomi di Iran .

Sumber  :  Utusan

*** Israel yang membunuh umat Islam dan serantau tidak diambil tindakan tapi Iran disekat oleh kuasa2 besar dari membangunkan negara sendiri ..

Share This
Bebola BABI

Sebahagian besar pekerjanya memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila sebuah syarikat pengeluar makanan dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi. Lebih menjijikkan, makanan berasaskan daging babi iaitu bebola babi diletakkan bercampur aduk dengan makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan di dalam peti sejuk besar. Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu.

Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah. Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah. “Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.

“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim. “Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya. Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi. “Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya.

Sumber  :  myMetro

*** brapa banyak dah yang masuk dalam perut orang Islam .. kalau g makan bebola kat kedai , kita ada tanya ke buat dari apa .. ish kembang tekak aku..

Share This
Majikan suka berbogel LAGI

Flores di belakang Spears semasa dia masih menjadi pengawal peribadinya.

Bekas anggota polis, Fernando Flores berkata, dia meletakkan jawatan sebagai pengawal peribadi penyanyi terkenal, Britney Spears kerana tidak tahan dengan kelakuan pelik penyanyi itu yang pernah berbogel di depannya , lapor sebuah akhbar semalam. Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang rakan Flores yang menyatakan Spears kerap berjalan dalam keadaan bogel sambil memberi isyarat kepada pengawal peribadinya itu supaya memasuki bilik tidurnya.

Menurut rakannya itu, penyanyi itu kerap berlari dalam keadaan bogel sambil menjerit ke arah pengawal-pengawal peribadinya.  Dia berkata, Flores berasa tertekan kerana Spears suka kepadanya berbanding dengan pengawal-pengawal lain. "Flores akhirnya menghantar notis untuk berhenti kerja pada minggu lalu," kata seorang rakannya. Menurutnya, Flores yang merupakan duda anak dua akan membuat tuntutan saman yang bernilai berjuta-juta dolar terhadap penyanyi berusia 28 tahun itu kerana melakukan gangguan seksual.

Pada awal bulan ini, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Baby One More Time itu keluar dari rumah tanpa memakai seluar dalam menyebabkan bapanya berasa bimbang dengan kelakuan peliknya. Sebelum ini, bapa Spears, Jamie pernah melarang anaknya daripada bersiar-siar tanpa memakai coli.

Sumber  :  Kosmo!

*** kalau dah tiada perasaan & rasa malu .. tak tau la manusia ke haiwan ..
Share This
Jadi bapa pada usia 89 tahun

NAZAROV (kiri) bergambar bersama anak dan isterinya
di sebuah hospital di Moscow baru-baru ini.

Seorang veteran Perang Dunia Kedua di Rusia, Aramais Nazarov menjadi bapa pada usia 89 tahun selepas anak lelakinya, Artem selamat dilahirkan oleh isterinya yang berumur 35 tahun di sebuah hospital di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam. Nazarov yang pernah berkhidmat dalam Tentera Merah Rusia memberi jambangan bunga kepada isterinya sebagai ucapan terima kasih kerana melahirkan anak bongsu mereka. Wanita itu 54 tahun lebih muda berbanding Nazarov.
Bayi seberat 3.7 kilogram itu merupakan anak keempatnya. Anak sulung Nazarov ialah seorang pesara lelaki berumur 61 tahun dan dia turut mempunyai anak berusia 50 tahun dan 12 tahun. "Apakah rahsia kekuatan diri saya? Apabila anda mempunyai isteri yang jauh lebih muda, anda perlu memenuhi kehendaknya, dan saya mampu memenuhi tuntutan batinnya," kata Nazarov yang berasal dari selatan Rusia. Dia juga telah pun mempunyai cicit. Rekod bapa paling tua di dunia dipegang oleh seorang petani dari India, Nanu Ram Jog yang memperoleh anak ke-21 tiga tahun lalu ketika dia berusia 90 tahun.

Sumber  :  Kosmo!

*** walaupun berumur 89 tahun tapi mampu mempunyai anak lagi .. dengan izinNya dan tubuh badan yang sihat tiada yang mustahil lagi .. ingat jaga kesihatan anda .. badan sihat keluarga bahagia ..
Share This
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia 6 Sekeluarga Maut

Kegembiraan seorang wanita membawa empat anak dan seorang adik lelakinya menaiki kereta Proton Iswara yang baru dibeli bertukar tragedi apabila kesemua mereka maut selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah treler membawa muatan papan kelmarin.Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya iaitu Nor Sahera Atikah Mohd. Saudi, 13, Nor Sofiana, 10, Nor Suhaila Asirah, 7, serta Mohd. Shahrul Amir, 3, mati di lokasi kejadian.




Turut terbunuh ialah adik lelaki Norfaizah, Mohd. Saiful, 14, yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong 2, Rompin. Kejadian pukul 8.45 malam di Kilometer 78, Jalan Kuantan-Muadzam Shah berhampiran Kampung Runchang di sini itu berlaku apabila kereta yang dipandu Norfaizah bersama sebuah lagi kereta di hadapannya cuba memotong sebuah lori.

sumber  : Kosmo! , myMetro 

*** Al-Fatihah, semoga roh mereka ditempatkan didalam orang2 yang beriman & takziah kepada keluarga .. berhati-hatilah & berhemah ketika memandu , ingat orang yang tersayang .. biarlah lambat asal kita selamat sampai ..
Share This
Induk Ahmad Al-Fatihah

Induk Ahmad , bapa saudara hamba kembali ke Rahmatullah selasa 08 June 2010 / 25 Jamadil Akhir 1431H .. Semoga Allah menempatkan beliau dengan orang2 yang beriman .. amin..
Share This
Berbogel LAGI


Sekumpulan perenang sanggup berbogel bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai Terumbu Karang Besar di Australia. Penganjur aktiviti itu, Ben Schultz berkata, berenang bogel selama 20 minit di Pantai Teluk Nelly, Pulau Magnetic di pesisir pantai timur laut Australia itu melibatkan 23 penyelam dan 10 perenang berusia di antara 19 hingga 60 tahun.

Kebimbangan mengenai pencemaran alam ke atas Terumbu Karang Besar yang merupakan habitat kepada sejumlah besar spesies marin memuncak pada awal tahun ini apabila sebuah kapal kargo arang batu China melanggar terumbu karang itu

Sumber :  Kosmo!


*** memang manusia sekarang semakin hilang deria malu .. meng'halal'kan cara untuk sampai ke matlamat.. menghalalkan yang haram supaya orang tak buat yang haram .. hahaha
Share This
Potong Elaun .. Lewat sbb Piala Dunia

Kakitangan awam yang kaki bola di ibu negara Indonesia diberi amaran akan dipotong elaun jika mereka datang lambat bekerja hanya kerana Piala Dunia. Dengan perlawanan yang berlangsung di Afrika Selatan itu disiarkan menerusi televisyen pada awal pagi, jurucakap dewan bandar raya itu, Cucu Ahmad Kurnia berkata, tiada tolak ansur jika mereka terlambat. “Bayangkan jika peminat bola sepak ini datang lambat ke pejabat setiap hari, berapa banyak kerugian yang ditanggung sepanjang sebulan Piala Dunia berlangsung,” katanya kepada AFP di kota metropolitan yang mempunyai 20 juta penduduk itu.

Pentadbiran bandar raya itu meletakkan ingatan kepada 80,000 pekerja perbandaran bahawa mereka akan dikenakan potongan sebanyak lima peratus daripada elaun prestasi mereka - yang biasanya lebih tinggi berbanding gaji pokok - untuk setiap hari mereka lambat, kata Cucu. “Ini tiada pengecualian. Setiap orang yang menggemari bola sepak, mereka bebas untuk berjaga sehingga subuh tetapi mereka tiada pilihan melainkan wajib datang kerja seperti biasa,” katanya. 

Sumber  :  Utusan Online

*** kita macamana .. Piala Dunia xbleh miss ni .. esok kena keje gak  .. masuk keje lewat .. mengantuk kat opis .. tido kat opis .. prestasi keje menurun .. hanya disebabkan oleh BOLA ..
Share This
Ustaz oh Ustaz ..

Seorang murid sekolah rendah agama di sini cedera dilempang seorang ustaz gara-gara dituduh membuat bising. Dalam kejadian Jumaat lalu murid yang juga pengawas sekolah, Azeef Hamdan 12, mengalami pendarahan dalam hidung berikutan dilempang dengan kuat oleh uztaz yang juga penolong kanan sekolah berkenaan. Menceritakan detik itu, Azeef berkata dia terkejut apabila ustaz itu memanggilnya ke hadapan sewaktu perhimpunan dan tidak semena-mena melempangnya. Pada ketika itu katanya dia sedang mengarahkan seorang murid yang bercakap supaya senyap berikutan perhimpunan sedang berlangsung.

Ustaz panggil tanpa memberitahu kesalahan saya terus lempang sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam. Akibat tindakan ustaz itu telinganya menjadi berdengung dan dia tidak dapat mendengar dengan jelas selama beberapa minit. “Seorang Ustazah kemudian panggil saya ke bilik guru dan melihat kecederaan yang saya alami dan cuba menyembuhkannya melalui bacaan ayat suci Al-Quran,” katanya

Sementara itu ibunya Jamilah Mohd Hassan 45, menyifatkan tindakan ustaz itu melempang anaknya tanpa usul periksa sebagai melampau. “Kalau anak saya salah sekalipun ustaz itu perlu tanya dulu anak saya sebelum ambil tindakan ini tidak dia dilempang sambil disaksikan oleh murid dan guru sekolah itu,”katanya. Menurutnya dia hanya mengetahui hal sebenar apabila terlihat anaknya menangis ketika pulang dari kerja Jumaat lalu dan ketika ditanya Azeef memberitahu hidungnya keluar darah ketika mandi akibat dilempang ustaznya.

“Saya kesal tindakan melulu yang diambil ke atas anak saya menyebabkan Azeef kini mengalami trauma akibat kejadian itu selain malu kerana dia merupakan pengawas sekolah,” katanya Jamilah berkata anaknya itu jenis yang pendiam dan dan tindakan yang diambil mengatakan anaknya membuat bising seperti tidak munasabah. “Saya diberitahu ustaz tersebut sebelum memang terkenal suka mengambil pendekatan melempang murid,” katanya.

Ustaz berkenaan ada menghubungi suami untuk memohon maaaf atas alasan dia hilang pertimbangan namun ianya sudah terlambat kerana kami mengambil keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah. Dua laporan polis dibuat berhubung kes berkenaan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara.

Sumber  :  Sinar 

*** kenapa tangan tu ringan sangat ustaz .. ?? anak2 memang la nakal tapi mendidik bukan dengan kekerasan .. bukankah sabar tu separuh daripada iman ..
Share This
Siswazah Terlampau Dihukum
Bayi Terbuang
Sekadar gambar hiasan

Seorang siswazah universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu. Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu

Sumber :  Kosmo!

tertewas dengan nafsu sehingga melahirkan anak luar nikah dan sekali lagi syaitan menguasai diri sanggup membunuh & membuang anak sendiri walaupun digelar SISWAZAH UNIVERSITI yang berilmu tapi tak beriman .. mampukah hukuman ini memberi pengajaran kepada remaja yang lain ..??
Share This
Anti israel




















*** kalau kita bersatu macam ni di seluruh dunia .. israel takkan mampu buat apa pun pada Palestin & orang Islam , peluru mereka takkan cukup .. tapi mampukah kita bersatu .. atau bila ada isu berdarah sahaja kita bangkit ..
Share This
Di pecat kerana SEKSI


Seorang ibu tunggal berusia 33 tahun, Debrahlee Lorenzana memfailkan saman terhadap bank Citigroup kerana dia dipecatnya atas alasan penampilannya yang terlalu menawan dan seksi, lapor sebuah akhbar semalam. Lorenzana dipecat dari cawangan sebuah bank tersebut di New York selepas diberitahu bahawa pakaian dan bentuk tubuhnya 'terlalu mengganggu' pekerja pejabat yang didominasi oleh kakitangan lelaki
Dia yang berasal dari Puerto Rico itu pernah diberikan senarai pakaian yang tidak boleh dipakai, termasuk skirt, sut ketat dan kemeja polo. "Semua pakaian yang saya pakai adalah sama seperti yang dipakai pekerja dalam dunia korporat Amerika. "Tanggapan mereka (majikan dan pekerja-pekerja lain) terhadap pakaian yang saya pakai amatlah mengecewakan," katanya. Namun, Lorenzana menyatakan dia berhak untuk memakai pakaian yang menjadi pilihannya sendiri. "Saya dibesarkan dalam budaya Latin. Kami feminin dan wanita di Puerto Rivo pandai berdandan, gemar bersolek dan merias kuku walaupun pun untuk ke pergi ke pasar raya," katanya. 
Panel penimbang tara akan membuat keputusan mengenai saman itu. Satu kenyataan daripada pihak Citigroup menyatakan saman mahkamah itu tidak mempunyai asas dan pihaknya akan mempertahankan diri .


Sumber : Kosmo!

*** kat amerika pekerja tak bleh SEKSI .. kat malaysia takpa ..
Share This
Hamil tanpa nikah
Enam belas pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu. Difahamkan pelajar terbabit terjebak dengan gejala sosial, berada dalam Tingkatan Tiga dan Enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu, dan kes terbaru, seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu.


Lantaran perkara itu memalukan, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar dikatakan menyembunyikan kelahiran itu tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu baru-baru ini. Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi difahamkan, pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.


Seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah terbabit memberitahu, pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas pelajar itu melahirkan anak April lalu. Katanya, dalam usaha menyembunyikan keadaan memalukan itu, seorang daripada pelajar berkenaan sanggup membuat permohonan bertukar sekolah di Setiu, selepas mengetahui dia mengandung enam bulan. Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya kerana mengetahui pelajar itu mengandung anak luar nikah. 


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sudah meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut. “ Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya


Sumber  :  BHO

*** dah terlalu murah sangat maruah seorang remaja perempuan sekarang .. masih lagi belajar dan baru berumur 15 tahun dah mengandung tanpa nikah , tanpa ikatan , dengan keseronokan tanpa malu dengan kemaluan .. tiada tuhan .. tiada agama .. tiada ibubapa .. hanya dengan nafsu semata2..
Share This
Paksa anak buat seks oral
Ice Cream
sekadar gambar hiasan ..

Akibat memaksa anak kandung berusia lima tahun melakukan seks oral tiga tahun lalu, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.  Tertuduh berusia 28 tahun yang tempang akibat kecederaan bermain bola sepanjang dalam tahanan kelihatan tenang selepas Hakim Hasbi Hasan membacakan keputusan itu. Bapa kedua anak mengaku salah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii sekitar Disember 2008.

Bagi perbuatan itu, dia didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Noora Nisa Ngadirin, memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan itu dilakukan oleh darah daging sendiri yang sepatutnya melindungi mangsa. “Dalam kes ini, tertuduh sudah berkahwin dan sudah memiliki dua anak termasuk mangsa. Justeru, dia bukanlah tidak pernah merasai kemanisan berumah tangga.

“Sebagai bapa kandung, tertuduh sepatutnya mendidik dan memupuk kasih sayang sepenuhnya kepada mangsa terutama dalam kes ini di mana kejadian berlaku ketika mangsa hanya berusia lima tahun empat bulan,” katanya. Tertuduh katanya, wajar menjaga dan memelihara maruah mangsa dan bukanlah sebaliknya dengan melakukan perbuatan amat keji dan terkutuk.  “Bayangkan kesan trauma dan gangguan yang akan menghantui mangsa sepanjang hidupnya. Disebabkan kerakusan nafsu tertuduh, ia menyebabkan catatan satu titik hitam dalam hidup mangsa selama-lamanya. “Anak kecil ini akan sentiasa dibuai oleh peristiwa pahit ini dan kita tidak tahu sama ada mangsa akan membesar seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh menyuruh mangsa yang sedang bermain di luar rumah masuk ke bilik tidurnya sebelum kanak-kanak itu diarah mengunci pintu bilik dan mengarahnya melakukan seks oral. Berdasarkan kenyataan kanak-kanak itu, bapanya mengulangi perbuatan itu beberapa kali sehari tanpa mengira waktu siang atau malam.  Perbuatan itu menyebabkan mulut dan kerongkong mangsa sakit. Hanya apabila diadukan kepada nenek, datuknya kemudian membawa mangsa untuk membuat laporan polis di Balai Polis, Seksyen 11, dekat sini, pada 22 Disember 2008.

Sumber  :  myMetro 

*** Anak itu adalah amanah Allah untuk dididik , dijaga , dipelihara menjadi umatNya yang berjaya .. bukan alat pemuas nafsu .. anak kalau tidak kepada emak ayah kepada siapa lagi harus dia percaya .. kepada siapa lagi dia boleh bergantung harap .. kepada siapa .. ???
Share This
Anak hentak bapak
Hentak

Hanya kerana tidak mahu memperlahankan bunyi televisyen, seorang bapa cedera di kepala dan badan selepas dibelasah menggunakan topi keledar oleh anak lelakinya. Difahamkan, kejadian berlaku Sabtu lalu kira-kira jam 9 malam ketika dua beranak terbabit berada di ruang tamu di rumah mereka di Pandan Indah di sini. Ketika itu, mangsa yang berusia 40-an menonton televisyen dengan bunyi yang dipasang agak kuat menyebabkan anaknya menegur perbuatannya.

Menurut sumber, anak mangsa yang berusia 19 tahun terbabit meninggikan suara meminta bapanya memperlahankan bunyi televisyen itu.   “Mangsa yang tidak berpuas hati menegur sikap anaknya yang dianggap biadab. Tindakan itu menyebabkan berlaku pertengkaran.  “Dalam pertengkaran itu, anak lelakinya tiba-tiba naik marah lalu memukul kepala dan badan mangsa menggunakan topi keledar berkali-kali. Pergaduhan dua beranak itu hanya berakhir selepas anak mangsa keluar dari rumah. “Mangsa yang cedera di kepala dan badan pergi ke Hospital Ampang untuk mendapat rawatan sebelum membuat laporan polis.

“Susulan laporan itu, polis menahan anak lelaki mangsa dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata pihaknya menahan anak lelaki terbabit sebaik laporan kejadian itu dibuat bapanya dan remaja terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. “Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati remaja terbabit dengan sikap bapanya yang gemar memasang bunyi televisyen dengan kuat apabila menontonnya,” katanya.

Sumber : myMetro

*** memang ikatan kekeluargaan  kita semakin hilang sekarang .. mak bapak buang anak/bayi , anak2 buang/pukul mak bapak ..  binatang pon tak sekejam ni .. dimanakah kita ??

Share This
Buang Bayi LAGI dan LAGI

Lagi kes pembuangan bayi. Kali ini melibatkan bayi lelaki yang mayatnya ditemui di tepi Jalan SS22/48 berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya di sini semalam. Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 6.15 petang ketika pulang dari kerja sebelum memaklumkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, bayi itu ditemui dalam keadaan tidak berbalut dengan kain mahupun plastik. "Bayi lelaki itu dipercayai dilahirkan tidak lebih dari tiga jam lalu kerana masih terdapat kesan darah pada badannya. Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui jika terdapat kecederaan lain pada bayi itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Sumber :  Kosmo!

*** manusia makin hina dari binatang di malaysia ni .. lepas beranak terus buang je tepi longkang ..
Share This
Komando Israel serang kapal bantuan

Sebanyak 19 orang terbunuh kebanyakannya rakyat Turki manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas anggota-anggota komando Israel menyerbu enam buah kapal yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang sedang dalam misi menghantar bantuan termasuk dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Genting Gaza semalam. Operasi ketenteraan di perairan antarabangsa dekat dengan pesisir pantai Gaza itu bukan sahaja bertukar menjadi mimpi ngeri bagi Israel berikutan ia menjejaskan reputasi negara berkenaan di kaca mata masyarakat antarabangsa, bahkan ia memburukkan lagi hubungan tegang negara itu dengan dengan sekutunya, Turki serta membuka mata dunia terhadap penderitaan penduduk Gaza. 



Kedua-dua belah pihak memberi kenyataan bercanggah berhubung apa yang berlaku pada hari kejadian. Seorang wartawan di dalam salah sebuah kapal misi bantuan itu berkata, anggota-anggota komando Israel melepaskan tembakan sebelum menaiki kapal mereka tetapi pihak Israel memberi alasan kononnya mereka hanya melepaskan tembakan setelah diserang aktivis-aktivis berkenaan dengan menggunakan kayu, pisau dan senjata api. Ketika kejadian, aktivis-aktivis itu sedang menuju ke Gaza bagi mengalih perhatian dunia terhadap sekatan laut selama tiga tahun yang dikuatkuasakan Israel selepas Hamas mengambil alih kuasa di wilayah berkenaan. “Sungguh menjijikkan kerana mereka (pasukan komando Israel) menceroboh kapal dan menyerang orang awam. Kami adalah orang awam,” kata jurucakap Gerakan Membebaskan Gaza, Greta Berlin, yang menganjurkan misi armada bantuan tersebut.



Bercakap dari pulau Cyprus di timur luat Mediterranean, wanita itu berkata, dia terputus hubungan dengan armada kecil itu ada pukul 3.30 pagi waktu tempatan. Israel sebelum ini mengisytiharkan untuk tidak membenarkan kapal-kapal itu sampai ke Gaza. Menurut seorang aktivis Palestin di Greece yang terbabit dalam misi bantuan tersebut, pasukan komando Israel menyerbu semasa bot dan sebuah kapal itu berada di perairan antarabangsa setelah mengarahkan misi berkenaan berhenti kira-kira 130 kilometer dari perairan Gaza.

Sumber  :  Kosmo! , mStar Online

*** kenapakah tiada kuasa yang nak menentang israel ni .. kenapa tiada negara Islam yang nak mengimbangi kuasa israel laknatullah ni ..
Share This
Related Posts with Thumbnails


  • IM..


    Terjah kat sini



    Twitterz

    Follow me, Follow u

    da Labelz

    Project Alpha



    Berita Online

    Harakahdaily BeritaHarian Metro Kosmo Sinar MySinChew Utusan The Star Jawa Pos Jambi Ekspres Online BangkokPost Philipines Post

    Bank Online


    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket

    Terbang ke mana ?

    MAS AIRASIA Photobucket

    Bloglog Visitorz

    Join My Community at MyBloglog!

    Xchange Banner

    Copy & Paste 2 ur blog
    AkuRinggo Info Gallery Midori Day's