Perginya seorang pejuang rakyat . Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman , amin . Al-Fatihah .
Share This
Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa semalam menggesa supaya sekatan selama empat tahun yang dikuatkuasakan Israel ke atas Genting Gaza, Palestin ditamatkan. Beliau membuat desakan itu semasa melawat wilayah Palestin berkenaan yang daif akibat sekatan rejim Zionis. Kunjungan pertama Amr berlangsung ketika memuncaknya desakan agar lintasan-lintasan sempadan ke Gaza dibuka semula setelah pasukan komando Israel membunuh sembilan sukarelawan apabila mereka menyerbu kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin itu pada 31 Mei lalu.
"Sekatan itu mesti ditamatkan dan pendirian Liga Arab mengenai isu ini adalah jelas," kata Amr selepas beliau disambut oleh pegawai-pegawai daripada beberapa kumpulan pejuang Palestin di lintasan sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir. "Bukan sahaja bangsa Arab, tetapi seluruh dunia perlu bangkit bersama dengan penduduk Palestin untuk menentang kepungan ke atas Gaza," katanya. Pembantu Musa, Hisham Yussef memberitahu, lawatan 10 jam itu bertujuan untuk menyatakan sokongan dunia Arab kepada warga Palestin di samping menggesa agar usaha untuk menyatukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di Palestin dipertingkatkan.
Bercakap kepada wartawan di lintasan Rafah, Amr mengulangi seruan supaya kumpulan Fatah dan Hamas berusaha menyelesaikan jurang perbezaan mereka serta menuju ke arah perdamaian. "Penyatuan adalah persoalan yang menjadi teras dan dasar. Ia memerlukan daya usaha dan bukan sekadar melibatkan tandatangan pada perjanjian semata-mata. Ia merupakan dasar yang perlu diterjemahkan melalui persetujuan berhubung semua isu," katanya. Sejumlah 1.5 juta penduduk Gaza yang ditadbir kumpulan Hamas berada di bawah sekatan Israel-Mesir yang dilaksanakan ke atas wilayah berkenaan sejak Jun 2006 setelah kumpulan pejuang Palestin menawan seorang askar Israel, Koperal Gilad Shalit dalam satu serbuan melintasi sempadan.
Sumber : Kosmo! , Online .
*** Setelah hampir hancur bumi Palestin dikerjakan zionis .. kalau bukan umat Islam yang akan membantu saudara sesama Islam siapa lagi .. marilah kita bersama sama berjuang menentang kezaliman zionis ini dengan kemampuan yang kita ada .. kalau seluruh dunia umat Islam kita bersatu .. tiada yang akan tertindas ..
Share This
Sebuah mahkamah di sini ( Riyadh ) semalam menjatuhkan hukuman 90 sebatan dan empat bulan penjara terhadap seorang lelaki yang ditangkap kerana mencium seorang wanita di sebuah pusat beli-belah. Akhbar milik kerajaan , Al-Yom melaporkan , polis pencegah maksiat menangkap lelaki itu dan dua wanita selepas melihat perbuatan tidak bermoral mereka menerusi televisyen litar tertutup. Menurut laporan, lelaki berusia 20-an itu dilihat memeluk dan bercium dengan seorang wanita . Bagaimanapun , sehingga ini , tidak jelas apa yang dilakukan oleh seorang lagi wanita yang turut diberkas dalam kejadian itu. Kedua-dua wanita terbabit masih belum dibicarakan
Sumber : myMetro , Al-Youm .
*** Malaysia negara Islam ke ??? Malaysia melaksanakan undang2 Islam atau Undang2 Reid ..
*** Malaysia negara Islam ke ??? Malaysia melaksanakan undang2 Islam atau Undang2 Reid ..
Share This
Jose Agostinho Pereira , 54 .
Seorang lelaki di perkampungan nelayan terpencil di Brazil mengurung anak perempuannya untuk dijadikan pemuas nafsu selama 12 tahun. Kata polis, sepanjang mangsa ditahan, wanita itu melahirkan tujuh anak. Pegawai penyiasat, Jair Lima de Paiva, berkata lelaki terbabit, Jose Agostinho Pereira, 54, turut mendera seorang daripada anak yang dilahirkan itu. Katanya, anak perempuan yang dijadikan pemuas nafsu Pereira - kini berusia 28 tahun - dikurung dalam rumah buruk dua bilik mereka di Experimento, timur laut Brazil.
Kediaman Jose Agostinho Pereira .
“Rumah itu terpencil dan hanya boleh dikunjungi jika menaiki sampan,” katanya. Selepas diselamatkan, semua budak yang ada di situ dipercayai mengalami kekurangan zat dan amat sukar berkomunikasi dengan orang lain. Kebanyakan mereka, kata de Paiva, tiada pakaian. “Pereira mula mengurung anaknya selepas ditinggal isteri pada 1998,” katanya.
Disebabkan tiada sebarang dokumentasi, polis percaya anak luar nikah yang dilahirkan itu berusia di antara dua bulan dan 12 tahun. Pereira ditahan di penjara Pinheiro di negeri Maranhao sejak Selasa lalu tetapi belum ada pendakwaan dikenakan ke atasnya. Mengikut undang-undang Brazil, pendakwaan hanya dibuat selepas polis melengkapkan siasatan ke atas suspek. - AP
Sumber : myMetro , Metro.uk
*** binatang pon tak macam ni ..
Sumber : myMetro , Metro.uk
*** binatang pon tak macam ni ..
Share This
Duta Turki ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ertugrul Apakan mengangkat tangan mengundi menentang resolusi bagi mengenakan sekatan baru ke atas Iran
Kuasa-kuasa dunia semalam meluluskan sekatan baru ketenteraan dan kewangan ke atas Iran bertujuan menyekat program nuklearnya, namun menegaskan bahawa pintu perbincangan masih terbuka. Draf resolusi yang disediakan Amerika Syarikat (AS) itu, mendapat 12 undi sokongan daripada 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan Lebanon berkecuali sementara Brazil dan Turki menentangnya. Walaupun mendapat sokongan AS, Britain dan Perancis yang sama-sama menaja resolusi itu, keputusan itu mendapat reaksi marah dari Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.
"Resolusi ini tidak mempunyai nilai walaupun sesen kepada Iran," tegas beliau yang sebelum ini mengugut untuk menunda rundingan dengan enam kuasa dunia jika sekatan dikenakan. Dalam ulasan kepada agensi berita ISNA di Tajikistan, Ahmadinejad menyatakan bahawa resolusi yang diluluskan kuasa dunia itu sama seperti sapu tangan yang perlu dibuang ke dalam tong sampah. Presiden Barack Obama berkata, Iran kini berhadapan dengan rejim sekatan yang 'paling ketat' dalam komitmen masyarakat antarabangsa untuk menyekat senjata nuklear, namun beliau pada masa yang sama menawarkan pintu diplomasi terhadap Teheran.
Israel yang merupakan musuh ketat Iran menyambut baik sekatan itu, namun mahu lebih banyak tindakan dikenakan, sementara Menteri-Menteri Luar Britain, China, Perancis, Rusia, AS dan Jerman menegaskan pendekatan dua hala masih digunakan. China dan Rusia menyokong sekatan itu selepas berbulan-bulan 'melembutkan' draf resolusi itu bagi melindungi kepentingan tenaga dan ekonomi di Iran .
Sumber : Utusan
*** Israel yang membunuh umat Islam dan serantau tidak diambil tindakan tapi Iran disekat oleh kuasa2 besar dari membangunkan negara sendiri ..
Share This
Sebahagian besar pekerjanya memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila sebuah syarikat pengeluar makanan dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi. Lebih menjijikkan, makanan berasaskan daging babi iaitu bebola babi diletakkan bercampur aduk dengan makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan di dalam peti sejuk besar. Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu.
Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah. Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah. “Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.
“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim. “Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya. Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi. “Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya.
Sumber : myMetro
*** brapa banyak dah yang masuk dalam perut orang Islam .. kalau g makan bebola kat kedai , kita ada tanya ke buat dari apa .. ish kembang tekak aku..
Sumber : myMetro
*** brapa banyak dah yang masuk dalam perut orang Islam .. kalau g makan bebola kat kedai , kita ada tanya ke buat dari apa .. ish kembang tekak aku..
Share This
Flores di belakang Spears semasa dia masih menjadi pengawal peribadinya.
Bekas anggota polis, Fernando Flores berkata, dia meletakkan jawatan sebagai pengawal peribadi penyanyi terkenal, Britney Spears kerana tidak tahan dengan kelakuan pelik penyanyi itu yang pernah berbogel di depannya , lapor sebuah akhbar semalam. Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang rakan Flores yang menyatakan Spears kerap berjalan dalam keadaan bogel sambil memberi isyarat kepada pengawal peribadinya itu supaya memasuki bilik tidurnya.
Menurut rakannya itu, penyanyi itu kerap berlari dalam keadaan bogel sambil menjerit ke arah pengawal-pengawal peribadinya. Dia berkata, Flores berasa tertekan kerana Spears suka kepadanya berbanding dengan pengawal-pengawal lain. "Flores akhirnya menghantar notis untuk berhenti kerja pada minggu lalu," kata seorang rakannya. Menurutnya, Flores yang merupakan duda anak dua akan membuat tuntutan saman yang bernilai berjuta-juta dolar terhadap penyanyi berusia 28 tahun itu kerana melakukan gangguan seksual.
Pada awal bulan ini, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Baby One More Time itu keluar dari rumah tanpa memakai seluar dalam menyebabkan bapanya berasa bimbang dengan kelakuan peliknya. Sebelum ini, bapa Spears, Jamie pernah melarang anaknya daripada bersiar-siar tanpa memakai coli.
Sumber : Kosmo!
*** kalau dah tiada perasaan & rasa malu .. tak tau la manusia ke haiwan ..
Sumber : Kosmo!
*** kalau dah tiada perasaan & rasa malu .. tak tau la manusia ke haiwan ..
Share This
NAZAROV (kiri) bergambar bersama anak dan isterinya
di sebuah hospital di Moscow baru-baru ini.
Seorang veteran Perang Dunia Kedua di Rusia, Aramais Nazarov menjadi bapa pada usia 89 tahun selepas anak lelakinya, Artem selamat dilahirkan oleh isterinya yang berumur 35 tahun di sebuah hospital di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam. Nazarov yang pernah berkhidmat dalam Tentera Merah Rusia memberi jambangan bunga kepada isterinya sebagai ucapan terima kasih kerana melahirkan anak bongsu mereka. Wanita itu 54 tahun lebih muda berbanding Nazarov.
Bayi seberat 3.7 kilogram itu merupakan anak keempatnya. Anak sulung Nazarov ialah seorang pesara lelaki berumur 61 tahun dan dia turut mempunyai anak berusia 50 tahun dan 12 tahun. "Apakah rahsia kekuatan diri saya? Apabila anda mempunyai isteri yang jauh lebih muda, anda perlu memenuhi kehendaknya, dan saya mampu memenuhi tuntutan batinnya," kata Nazarov yang berasal dari selatan Rusia. Dia juga telah pun mempunyai cicit. Rekod bapa paling tua di dunia dipegang oleh seorang petani dari India, Nanu Ram Jog yang memperoleh anak ke-21 tiga tahun lalu ketika dia berusia 90 tahun.
Sumber : Kosmo!
*** walaupun berumur 89 tahun tapi mampu mempunyai anak lagi .. dengan izinNya dan tubuh badan yang sihat tiada yang mustahil lagi .. ingat jaga kesihatan anda .. badan sihat keluarga bahagia ..
Sumber : Kosmo!
*** walaupun berumur 89 tahun tapi mampu mempunyai anak lagi .. dengan izinNya dan tubuh badan yang sihat tiada yang mustahil lagi .. ingat jaga kesihatan anda .. badan sihat keluarga bahagia ..
Share This
Kegembiraan seorang wanita membawa empat anak dan seorang adik lelakinya menaiki kereta Proton Iswara yang baru dibeli bertukar tragedi apabila kesemua mereka maut selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah treler membawa muatan papan kelmarin.Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya iaitu Nor Sahera Atikah Mohd. Saudi, 13, Nor Sofiana, 10, Nor Suhaila Asirah, 7, serta Mohd. Shahrul Amir, 3, mati di lokasi kejadian.
Turut terbunuh ialah adik lelaki Norfaizah, Mohd. Saiful, 14, yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong 2, Rompin. Kejadian pukul 8.45 malam di Kilometer 78, Jalan Kuantan-Muadzam Shah berhampiran Kampung Runchang di sini itu berlaku apabila kereta yang dipandu Norfaizah bersama sebuah lagi kereta di hadapannya cuba memotong sebuah lori.
sumber : Kosmo! , myMetro
*** Al-Fatihah, semoga roh mereka ditempatkan didalam orang2 yang beriman & takziah kepada keluarga .. berhati-hatilah & berhemah ketika memandu , ingat orang yang tersayang .. biarlah lambat asal kita selamat sampai ..
sumber : Kosmo! , myMetro
*** Al-Fatihah, semoga roh mereka ditempatkan didalam orang2 yang beriman & takziah kepada keluarga .. berhati-hatilah & berhemah ketika memandu , ingat orang yang tersayang .. biarlah lambat asal kita selamat sampai ..